Anda di sini
Laman Utama > Aktiviti TGC > TGC Kuantan dan TGC LK berentap di gelanggang futsal

TGC Kuantan dan TGC LK berentap di gelanggang futsal

Seramai hampir 70 ahli laman peminat bola sepak Pahang, TokGajah.com berkumpul di Planet Futsal Sg. Isap, Kuantan bagi memeriahkan Battle of Region : TGC Ktn vs TGC LK yang merupakan perlawanan futsal antara TokGajah.com Kuantan dan TGC Lembah Klang.

Perlawanan persahabatan ini kembali dihidupkan setelah menyepi beberapa tahun berikutan kekangan masa dengan kedua-dua pasukan berjaya mengumpulkan ahli masing-masing bagi menjayakan aktiviti ini.

IMG_6564

Diadakan sejak 2004, aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama ahli yang dahulunya berhubung secara atas talian melalui forum sehingga kini bertukar ke medium Facebook serta Whatsapp.

IMG_6562

Bagi salah seorang ahli dari Kuantan, Sani Hamid, 39 beliau sangat teruja dengan program kali ini kerana  dapat bertemu dengan ahli-ahli yang sudah dianggap seperti ahli keluarga lebih-lebih lagi dari Lembah Klang.

“Saya sangat teruja dengan program ini kerana mahu bertemu dengan rakan-rakan yang selalunya hanya berkomunikasi di alam maya. Keputusan perlawanan bukanlah  perkara utama kerana bagi saya ukhuwah dan persahabatan itu yang penting dan tidak ternilai. Hampir 12 tahun kami saling mengenali kerana berkongsi minat yang sama. Inilah masa kami hendak menrapatkan lagi hubungan tersebut terutama pada ahli baru”.

Seorang lagi ahli TGC yang berasal dari Kuala Lipis tetapi kini menetap di Cheras, Mohd Azli bin Halim menyatakan mahukan program seperti ini dapat dilakukan setiap tahun supaya setiap ahli dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.

“Sepanjang saya menyertai aktiviti bersama TGC inilah kali pertama saya dapat berinteraksi dengan ahli-ahli yang kini menetap di Kuantan”.

“Saya harap aktiviti seperti ini dapat dilakukan setiap tahun dan jika boleh diadakan secara bergilir-gilir di Kuantan dan Lembah Klang supaya kedua-dua pasukan dapat memberi keadilan kedua-dua pasukan”.

Dalam perlawanan itu, TGC Kuantan menang selepas menewaskan TGCLK dengan jaringan 14-10.

IMG_6569

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “TGC Kuantan dan TGC LK berentap di gelanggang futsal

Leave a Reply

Top