Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala Malaysia: Review] PDRM (0) vs Pahang (3)

[Piala Malaysia: Review] PDRM (0) vs Pahang (3)

Pahang menetapi ramalan awal untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2015 apabila menewaskan PDRM dengan jaringan 0-3 di Shah Alam semalam. Meskipun tersentap dengan dua kekalahan berturut-turut sebelum ini, namun kemenangan manis semalam kembali melonjak moral para pemain untuk menempuhi saingan yang lebih mencabar di peringkat suku akhir nanti.

Dalam artikel ini kami yang mengikuti perlawanan ini bersama lebih kurang 1500 penonton yang hadir di Stadium Shah Alam ingin berkongsi sedikit gambaran tentang perlawanan ini semalam.

Game plan

Kesebelasan utama. Suren menjadi pilihan berbanding Gopi. Kredit foto : FB Pahang FA
Kesebelasan utama. Suren menjadi pilihan berbanding Gopi. Kredit foto : FB Pahang FA

Menyedari kelemahan yang agak ketara dibahagian pertahanan Pahang sehingga menyaksikan pasukan dibolosi sebanyak 11 kali, penggendali pasukan Zainal Abidin Hassan dilihat melakukan sedikit rombakan ke atas kesebelasan utama pemain dengan memilih R Surendran menggantikan Gopinanthan di bahagian sayap tetapi beliau diletakkan sebagai pemain sayap kanan bukan kiri seperti kebiasaannya manakala Alex bertukar ke bahagian sayap kiri pasukan.

Pemilihan Surendran berbanding Gopinanthan dilihat signifikan dengan game plan Pahang yang mahukan corak permainan sedikit defensive hasil dari keupayaan beliau membantu Matthew Davies di sebelah kanan pasukan. Keupayaan beliau untuk menyerap asakan lawan telah terbukti sebelum ini apabila beliau pernah diletakkan sebagai bek kanan musim lalu.

wpid-screenshot_2015-10-28-19-33-12_1.jpg
davies banyak membantu serangan pada separuh masa pertama

Separuh masa pertama permainan, pasukan tuan rumah kerap melancarkan serangan melalui rangkaian Shahruain-Calestino-Sumareh dan Ashaq Ali dan beberapa kali menghadirkan ancaman yang berbahaya kepada pasukan pelawat. Peranan Surendran-Davies dilihat berkesan dalam menyerap asakan dari sebelah kiri pasukan PDRM oleh Sumareh dan kawalan yang agak ketat oleh gandingan Surendran-Davies ini berjaya menutup ruang dari hantaran ke dalam D-Box Pahang untuk mencari Ashfaq Ali.

Command yang baik oleh Zesh, Hafiz sumbang 2 assist

Peranan yang dimainkan Zesh juga berkesan dalam membantu back four Pahang dengan membentuk kubu kuat dalam menyerap asakan dari bahagian tengah PDRM. Beliau kelihatan kurang membantu bahagian serangan kerana peranan yang dimainkan seiring dengan game plan Pahang yang sedikit defensive. Namun begitu, peranan menyerang untuk mencipta jaringan disandarkan kepada Hafiz Kamal dan Alex yang banyak mencipta serangan dibahagian kiri pasukan Pahang. Hasilnya, Tok Gajah berjaya memecah kebuntuan apabila hantaran cantik Hafiz berjaya disudahkan oleh Nwakaeme. Gol kedua oleh Conti juga hadir melalui hantaran berpunca dari bahagian tengah Pahang. Conti yang bijak melepasi kawalan pertahanan lawan berjaya menewaskan Badrulzaman untuk melebarkan penguasaan Pahang.

Dickson meraikan gol pertama perlawanan. Kredit foto : FB Pahang FA
Dickson meraikan gol pertama perlawanan. Kredit foto : FB Pahang FA

Taktikal menerusi set piece juga berjaya dimanfaatkan apabila tendangan lencong Hafiz berjaya menemui Zesh dan disudahkan sekali lagi oleh Conti untuk mengesahkan kemenangan berharga Pahang ke atas PDRM. Gol yang terhasil melalui sepakan sudut ini hadir tepat pada masanya di mana sebelum ini banyak gol yang terhasil berpunca dari hantaran ke far post samada mencari Zesh atau Stewart untuk disudahkan oleh Conti mahupun Nwakaeme. Gerakan ini (set piece-free kick) mengimbas kembali bagaimana gol kemenangan terhasil ketika Pahang memenangi Piala FA musim 2014 ke atas Felda United.

Walaupun selesa mendahului pada separuh masa kedua permainan, Pahang turut berpeluang untuk menambah jaringan apabila sepakan Nwakaeme sekadar terkena tiang gol dan penyudah yang kurang berkesan oleh Saarvindran yang mudah diselamatkan penjaga gol PDRM lewat separuh masa kedua. Pahang juga dilihat mengendurkan sedikit asakan terutamanya pada separuh masa kedua di mana Davies kelihatan mengekalkan posisinya di bahagian pertahanan kerana menyedari serangan semakin rancak di bahagian sayap pasukan PDRM yang dicetus melalui gerakan solo Sumareh. Kemasukan Gopinanthan pada minit ke 60 adalah tepat pada waktunya untuk menambah kesegaran di bahagian sayap Tok Gajah dan melihatkan Alex kembali ke posisi sayap kanan untuk membantu Davies untuk menyerap serangan.

Pemain terbaik perlawanan

wpid-screenshot_2015-10-28-19-29-26_1.jpg
distance cover-hafiz kamal (based on assumption)
12190115_990280197699341_3791813580120169289_n
Pemain terbaik perlawanana pilihan TGC. Hafiz Kamal. Kredit foto : FB Pahang FA

Kami memilih Hafiz Kamal sebagai pemain terbaik perlawanan berdasarkan peranan yang dimainkannya dalam mencipta 2 gol Pahang oleh Nwakaeme dan Conti. Peranan sebagai assist untuk gol pertama serta sepakan sudut yang tepat menuju kepada Zesh di far post dan disudahkan Conti jelas menggambarkan peranan besar yang disumbangkan oleh beliau pada perlawanan ini. Selain itu, distance cover yang besar oleh beliau dalam membantu serangan dari kiri ke kanan serta kekal fokus menyerap gerakan gandingan Shahruain dan Mohd Lot Abu Hassan di bahagian tengah padang membuktikan beliau layak untuk diangkat sebagai man of the match.

Kemenangan Moral

Kesimpulannya, kemenangan yang ternyata melegakan bukan sahaja buat kem pasukan Pahang malah turut dirasakan oleh peminat setianya selepas mengalami 2 kekalahan sebelum ini. Selain kemenangan yang berjaya dilakar di Shah Alam, kemampuan barisan pertahanan sememangnya wajar diberikan pujian dalam mencipta clean sheet yang kedua sepanjang kempen kumpulan D ini. Persembahan yang menyakinkan oleh Khairul Azhan diharap bakal mengembalikan semula keyakinan beliau dalam menemui rentak persembahannya sebelum ini. Diharap persembahan seperti ini berterusan untuk perlawanan seterusnya nanti.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: