Anda di sini
Laman Utama > Dari Luar Stadium > Adakah tuah masih milik Pahang?

Adakah tuah masih milik Pahang?

Pahang mengesahkan tiket ke Suku Akhir Piala Malaysia 2015 walaupun masih berbaki 1 perlawanan kumpulan menentang Pulau Pinang minggu hadapan. Sama seperti musim 2013 dan 2014, Pahang terpaksa berhempas pulas untuk ke Suku Akhir.

Pada musim 2013, Pahang tewas 2 perlawanan kumpulan selain mengharap belas ihsan Terengganu di perlawanan terakhir kumpulan yang berjaya mengikat Negeri Sembilan 2-2 di Paroi melalui jaringan lewat Ashaari Shamsuddin. Musim 2014 juga merekodkan 2 kekalahan, tewas mengejut kepada Felda United dan Lions XII di Darulmakmur.

Suku Akhir Bertemu Pasukan Berstatus Kelab

Musim 2013, Pahang diundi bertemu Johan Kumpulan B, Selangor PKNS. Status sebagai pendatang baru Liga Super tidak menghalang Pahang melakukan kejutan membenam skuad Abdul Rahman Ibrahim dengan aggregat 5-3, dengan Matias Conti meledak hat-trick di Kuantan.

PM13 PKNS

PM14 PDRM

Musim 2014, Pahang diundi bertemu Johan Kumpulan D yang juga Juara Liga Premier 2014, PDRM. Terikat 1-1 di tempat sendiri, kemudian berhempas pulas di Shah Alam dengan kemenangan tipis 2-1 apabila Fauzi Roslan muncul wira menjaringkan gol pada masa kecederaan menjadikan aggregat 3-2.

Separuh Akhir Bertemu Pasukan Liga Premier

PM13 SarawakMusim 2013, Pahang bertemu Juara Liga Premier 2013, Sarawak yang membenam cabaran KL Sime Darby di Suku Akhir. Cemerlang di Darulmakmur dengan kemenangan 3-1, Pahang membawa bekalan selesa ke Kuching di hadapan limpahan penyokong paling ramai dalam sejarah bola sepak Pahang. Di Kuching, Fauzi Roslan sekali lagi muncul wira menjaringkan gol penyamaan dengan menanduk cantik hantaran Faizol Hussein untuk memadam sisa perjuangan Sarawak dengan aggregat 4-2.

PM14 KedahMusim 2014, Pahang berkelana ke utara tanah air, bertemu pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe, Kedah Darul Aman. Kali ini skrip berbeza, apabila Pahang tumbang 1-3 di Darulaman, mujurlah sepakan percuma Matias Conti menjadi bekalan jaringan tempat lawan Pahang untuk dibawa ke Darulmakmur. Pusingan Kedua menyaksikan Pahang perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 untuk ke Final. Namun, berbekal sorakan semangat penyokong Tok Gajah, Pahang mudah membenam Kedah 5-0 dengan Matias Conti meledak hat-trick untuk 2 edisi Piala Malaysia berturut-turut. Pahang ke Final dengan aggregat 6-3.

Final Bertemu Juara

Pahang lifts the Malaysia Cup

Musim 2013, Pahang bertemu Juara Piala FA, Kelantan yang membenam cabaran ATM di separuh akhir. Majoriti meramalkan tugas mudah buat Kelantan di final, kerana mereka mudah membelasah Pahang 4-0 di perlawanan terakhir peringkat kumpulan hasil jaringan hat-trick orang besi yang kini bersama Pahang, Dickson Nwaekame. Namun segalanya berubah di final, tandukan ‘grande’ Matias Conti hasil lambungan kemas Azammuddin Akil mengesahkan kejuaraan yang begitu didambakan Pahang sejak 21 tahun.

Juara PM14Musim 2014, Pahang bertemu Juara Liga Super 2014, JDT I. Memiliki himpunan pemain bintang, termasuk wira Pahang 2013, Amirul Hadi Zainal, selain cemerlang tanpa tewas sehingga ke suku akhir, menjadikan JDT I pilihan ramai untuk menjadi juara berganda 2014. Tambahan pula, Pahang terpaksa beraksi 10 pemain selepas Saifulnizam Miswan dilayangkan kad merah akibat ‘menumbuk’ Amri Yahyah. Namun tuah sekali lagi milik Pahang, sekalipun beraksi 10 pemain, Pahang masih mampu menjaringkan gol penyamaan dan seterusnya menang melalui sepakan penalti, menjadikan Bojan Hodak tumbang 2 musim final Piala Malaysia berturut-turut kepada Pahang untuk mengesahkan kejuaraan berganda 2014 dan 2013.

Mampukah misi hat-trick 2015?

IMG_0711Berbeza pada 2 musim sebelum ini apabila hanya bertemu pasukan berstatus kelab di Suku Akhir, musim ini tampak sukar buat Pahang kerana dijangka bertemu Lions XII, Kedah atau Terengganu di Suku Akhir. Pahang juga dilihat memiliki rekod kurang baik di ketiga-tiga stadium lawan iaitu di Jalan Besar, Darulaman dan di Gong Badak. Namun begitu, kemenangan ke atas PDRM membuktikan skuad Zainal Abidin Hassan masih bernafsu untuk menjadi juara.

Kehadiran penyokong di gelanggang lawan dan Darulmakmur dilihat menjadi tonik terbaik untuk membantu menaikkan semangat para pemain Tok Gajah. Teruskan menyokong dan PERCAYA, Pahang akan mencipta hat-trick Piala Malaysia untuk duduk sebaris bersama pasukan Selangor, Kuala Lumpur dan Singapura yang melakukannya sebelum ini.

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top