Anda di sini
Laman Utama > Berita > Perubahan taktikal jerat PDRM

Perubahan taktikal jerat PDRM

Langkah Pahang mengubah taktikal bagi menghadapi PDRM malam semalam dalam saingan kumpulan D Piala Malaysia membuahkan hasil apabila mereka berjaya menewaskan pasukan itu 3-0 di Shah Alam semalam lapor Koresponden TGC, Mohd Fauzi

Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan yang ditemui selepas perlawanan berkata perubahan taktikal ini perlu akibat keputusan yang kurang memberangsangkan pada perlawanan terdahulu.

“Dalam perlawanan malam ini saya memberitahu pemain-pemain supaya lebih fokus kepada mentaliti pertahanan kerana melihat kepada jumlah bolos yang banyak dalam saingan Piala Malaysia kali ini adalah sesuatu yang tidak patut berlaku dan diambil mudah.

Saya lebih tekankan supaya pemain tidak terlalu memikirkan untuk menyerang untuk menjaringkan gol tetapi lebih kepada untuk kita tidak membolosi gol sambil mengambil peluang-peluang dengan baik dan Alhamdullillah misi kami itu berjaya.”

Zainal nyata gembira dengan keputusan itu dan memuji pemain kerana mengekalkan disiplin untuk membolehkan mereka menemui kemenangan setelah tewas dua kali berturut-turut.

Ketika ditanya berkenaan pemilihan Surendren dalam kesebelasan utama berbanding R Gopinathan dalam perlawanan ini, beliau menyatakan keputusan itu kerana Surendren lebih baik dalam aspek bertahan.

“Saya meneliti dalam latihan dan perlawanan-perlawanan yang lepas, Surendren memiliki dua kateria  yang baik iaitu semasa membuat hantaran lintang dan juga keupayaannya dalam bertahan. Dia juga seorang pemain yang dapat membantu pertahanan ketika pasukan lawan menyerang.

Oleh itu, melihat pada taktikal yang saya hendak lakukan pada malam ini iaitu lebih banyak bertahan, Surendren adalah orang yang paling sesuai.”

Pahang kini mengesahkan tempat ke suku akhir dengan 9 mata mendahului kumpulan D hasil dari 3 kemenangan dan 2 kekalahan manakala 3 lagi pasukan akan bersaing pada hari Rabu depan untuk merebut satu lagi slot ke suku akhir bagi mengiringi Pahang.

Kredit gambar : FB Pahang FA

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: