Anda di sini
Laman Utama > Artikel > MSL Champion 2004. Dimana mereka? – Bahagian I

MSL Champion 2004. Dimana mereka? – Bahagian I

Selepas 11 tahun mencipta sejarah menjuarai Liga Super edisi pertama pada tahun 2004, Pahang masih menanti detik manis untuk kembali bergelar juara.

Pencapaian terbaik selepas itu hanyalah muncul naib juara pada 2005 & pada tahun ini 2015.

Ketika itu, skuad Tokgajah digelar Galacticos Malaysia berikutan keberanian mereka membeli pemain-pemain yang ternama pada ketika itu.

Namun, apakah yang berlaku kepada skuad galacticos 2004 ini? Di mana mereka berada?

Ikuti jejak kami dalam artikel dua bahagian ini. Kami mulakan dengan pemain di posisi penjaga gol dan pertahanan.


 

PENJAGA GOL

Azmin Azram Abdul Aziz

Selepas bersama Pahang, Azmin Azram berhijrah ke MPPJ Selangor selama semusim sebelum bersara. Beliau kini menjadi scout atau pencari bakat dan tenaga pengajar di Majlis Sukan Negara (MSN).

Iqbal Suhaimi

Iqbal ketika beraksi menentang Sarawak di Stadium Darulmakmur

Mula beraksi bersama Pahang pada 2003 pada usia 19 tahun, produk Akademi Bola Sepak Pahang ini masih beraksi dalam Liga Malaysia namun dalam pasukan yang berbeza seperti Selangor, Proton FC, TTeam dan ATM. Kini, Iqbal menabur bakti bersama pasukan Sarawak.

PERTAHANAN

Jalaludin Jaafar

jalal
Jalaluddin pada tahun 2013 menyaingi Guiza dalam aksi MSL

The living legend. Berusia 40 tahun, Jalal masih setia berkhidmat untuk Pahang sehingga kini. Sudah memenangi kesemua pertandingan yang dipertandingkan di Malaysia, tidak syak lagi beliau pemain paling berjaya dalam bola sepak Pahang.

Shahrulnizam Sahat

IMG_7231
Sam kini melatih Skuad Piala Belia 2015.

Setelah menjuarai Piala Malaysia bersama Perak & Terengganu, Shahrulnizam atau lebih mesra disapa Sam kembali ke Pahang dengan tekad menjadi pemain pertama menjuarainya bersama 3 pasukan berbeza. Namun hajatnya tidak kesampaian apabila sekadar menghadiahkan Liga Super bersama pasukan kelahirannya. Beliau kemudiannya beralih bidang kepada seorang kontraktor tetapi kembali ke arena bola sepak sebagai jurulatih skuad Belia Pahang.

Jonathan Bass

Bekas pertahanan Birmingham City ini membentuk barisan pertahanan kental Pahang pada tahun itu. Beliau diingati selepas menjaringkan gol sendiri yang menyumbang kepada kekalahan pertama Pahang kepada Perak , 2-3 di Ipoh. Namun, pengalamannya di Liga Perdana Inggeris sememangnya membantu karier pemain Pahang. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang surveyor dan selepas bersara pada 2009, Jon Bass kini menguruskan perniagaan surveyor sepenuh masa.

Shahril Faizal Shariffuddin

Boy menandatangi kontrak bersama Rela Mulia. Kredit foto : FC Real Mulia FC
Boy menandatangi kontrak bersama Rela Mulia. Kredit foto : FC Real Mulia FC

Pemain pertahanan lasak yang berasal dari Kuala Lipis ini juga merupakan antara watak penting dalam skuad Pahang pada musim itu. Berhijrah ke Shhazan Muda FC pada 2009, beliau yang juga dikenali sebagai Boy berkhidmat dengan pasukan Kedah dan T Team sebelum berkelana ke Sabah. Terkini beliau bermain untuk Kelab dari Liga FAM Real Mulia FC dibawah bimbingan Yunus Alif.

Abd Ghani Malek

ghani malik
Ghani menjadi penolong jurulatih di Sime Darby di bawah kendalian Ismail Zakaria

Selepas meninggalkan Pahang, beliau berhijrah ke MPPJ & TNB Kelantan. Berusia 43 tahun, kini beliau berkhidmat dengan Sime Darby FC sebagai penolong jurulatih.

Rosdi Talib

IMG_7153
Rosdi Talib ketika aksi menentang Pahang di KT. Beliau menjadi pengulas undangan dalam perlawanan ini.

Selepas meninggalkan Pahang pada 2008, Rosdi kembali ke Terengganu untuk berbakti kepada TTeam. Walaupun sudah bersara dari arena profesional, beliau masih lagi aktif dalam peringkat negeri sambil sesekali menerima jemputan sebagai pengulas bersama stesen TV tempatan.

Subri Sulong

subri
Antara aksi Subri bersama TTeam pada tahun-tahun terakhirnya sebelum bersara

Pertahanan kanan ini diantara trio Terengganu yang menyertai Pahang pada 2003. Berhijrah ke TTeam pada 2008 dan kini pada usia 36 tahun, beliau kini bertugas sebagai pembantu jurulatih skuad Piala Presiden Terengganu.

Irwan Fadly Idrus

Irwan mewakili kelab terakhirnya Negeri Sembilan Matriks
Irwan mewakili kelab terakhirnya Negeri Sembilan Matriks

Pertahanan kiri ini berhijrah dari Pahang pada 2007 ke MyTeam dan berkelana beberapa tahun di ATM bersama Hai O. Beliau kini baru mengakhiri kontrak bersama Negeri Sembilan pada usia 34 tahun.


 

Dalam bahagian kedua nanti, kami akan menjejaki pula ahli-ahli pasukan ini yang bermain di posisi tengah dan juga penyerang. Nantikannya.

 

 

Leave a Reply

Top