Anda di sini
Laman Utama > Berita > Waspada serangan balas – Davies

Waspada serangan balas – Davies

Pertahanan kanan Pahang, Mathhew Davies menyeru rakan sepasukan supaya lebih fokus dan berwaspada dengan serangan balas PDRM menjelang perlawanan kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.

Menyedari pasukan lawan mempunyai barisan serangan yang pantas dan bertenaga terutama rangkaian pemain importnya seperti Ali Asfaq, Dramane Traore dan Mohamadou Sumareh, pemain kelahiran Australia itu berazam untuk memastikan peluang mereka untuk menjaringkan gol disekat.

Tidak kisah dengan gandingannya ketika perlawanan pada malam ini kerana baginya setelah berkelana selama setengah tahun, keserasian dan persefahaman itu sudah dapat dibentuk.

“Kerjasama dan persefahaman saya bersama pemain sayap sudah semakin baik tidak kira dengan siapa saya bergandingan kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri.”

“Sudah menjadi kebiasaan saya sering diarahkah oleh jurulatih untuk membantu bahagian sayap dalam membina serangan pasukan cuma saya perlu memastikan untuk segera turun ke bawah membantu pertahanan ketika kami pula diserang. Jika tidak pun pemain sayap yang akan membantu kami semasa bertahan”.

Perlawanan pada malam ini akan menjadi titik tolak kemaraan Pahang dalam Piala Malaysia setelah tersungkur dalam dua perlawanan terdahulu dengan jaringan besar.

Hanya kemenangan dapat menjamin Pahang untuk layak ke suku akhir sekaligus menaikkan moral pasukan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke-3 berturut-turut.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top