Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala Malaysia] Preview: Medan terbaik tebus kekecewaan

[Piala Malaysia] Preview: Medan terbaik tebus kekecewaan

Aksi pentas Piala Malaysia bagi kumpulan D diteruskan selepas perlawanan terdahulu yang dijadualkan pada 3 Oktober lalu terpaksa ditunda akibat keadaan cuaca, ternyata ditunggu-tunggu oleh para penyokong setia Tok Gajah dengan penuh debaran.

Selepas menerima deretan kekalahan ke atas dua pasukan dari liga perdana dengan keputusan yang sama iaitu 1-4, perlawanan Selasa ini dianggap sebagai medan terbaik untuk menebus kekecewaan seterusnya menghidupkan peluang mara ke suku akhir.

Perlawanan Selasa ini bakal merekodkan pertemuan yang keempat untuk kedua-dua pasukan pada musim ini dan menyaksikan skuad Tok Gajah memenangi tiga perlawanan dengan keputusan 5-3, 1-0 dan 4-3. Namun, rekod baik yang dicatatkan pada perlawanan sebelum ini tidak boleh diambil mudah tatkala prestasi semasa Pahang ketika ini agak tenggelam. Justeru, para pemain dituntut untuk bangkit dan melupakan kekalahan terburuk dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.

Sumareh bakal jadi pemusnah?

Melihat akan peluang yang seimbang untuk layak ke suku akhir bagi keempat-empat pasukan dalam kumpulan ini sudah pasti menghadirkan persaingan yang sengit buat kedua-dua pasukan dan PDRM dilihat sedikit mempunyai kelebihan berbekalkan momentum kemenangan pada perlawanan sebelum ini ke atas Pulau Pinang dengan keputusan 2-3.

Dua gol jaringan Mamadou Sumareh di Bandaraya tempoh hari meletakkan beliau sebagai antara pemain yang perlu diberi perhatian tatkala perhatian sebelum ini lebih terarah kepada Ashfaq Ali dan Dramane Traore. Kelicikannya yang selalu ditugaskan di bahagian sayap bakal menjadi masalah kepada kedua-dua bek kiri atau kanan Pahang tatkala terlalu asyik menyerang sehingga meninggalkan ruang yang besar ketika PDRM melakukan serangan balas melalui pemain ini.

Pertahanan bakal menjadi tumpuan

Tempoh rehat kurang 10 hari diharap dapat digunakan sepenuhnya oleh penggendali Pahang, Zainal Abidin Hassan dalam memperkemaskan benteng pertahanan yang sehingga kini telah dibolosi sebanyak 11 kali seterusnya mencatatkan perbezaan jaringan yang tidak menyebelahi pasukan sekiranya kedudukan mata terikat pada perlawanan terakhir nanti.

Selain Pahang, pertahanan PDRM yang sudah melepaskan 10 gol juga perlu diambil perhatian. Afiq dilihat agak tidak kosisten mengemudi pertahanan setelah kehilangan gandingannya sejak 2 musim ini iaitu Muslim Ahmad. Peluang ini perlu digunakanan oleh Dickson Nwakaeme untuk menjalankan tugas ‘biasa’ beliau untuk memecah gandingan pertahanan mereka seterusnya membuka peluang kepada penyerang lain.

Kecederaan yang dialami Mohd Fauzi Roslan bakal menjejaskan jentera serangan Pahang, namun kehadiran Faizal Mat Rani diharap mampu melonjak semangat baru buat pasukan terutamanya di jentera serangan agar variasi corak serangan dapat dipelbagaikan terutamanya ketika pasukan masih buntu mencipta jaringan. Diharap reputasi baik yang dipamerkan beliau sebelum ini di pentas Piala Presiden mampu diterjemahkan pada perlawanan besar dan penting seperti ini.

Kesimpulannya, peluang buat Pahang masih terbuka dan para pemain dituntut untuk kekal fokus sambil bijak menggunakan peluang untuk mencipta jaringan. Moga rekod baik di Shah Alam bakal dilebarkan malam esok dengan kemenangan.

#kitamasihbelumkalah

#ayuhtokgajahku

Barisan kemungkinan (pilihan tokgajah.com)

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top