Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang sahkan tempat ke suku akhir

Pahang sahkan tempat ke suku akhir

Kemenangan 3-0 keatas PDRM sudah cukup untuk memastikan Skuad TokGajah layak ke suku akhir Piala Malaysia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Dengan keputusan Di Selayang yang terikat 1-1 bermakna Pahang yang mengumpul 9 mata menjadi pendahulu sebelum perlawanan terakhir akan berlangsung Rabu depan.

Zainal mengubah sedikit kesebelasan utama berbanding perlawanan di Kuantan tempoh hari dengan merehatkan Gopinathan dengan Alex kembali ke posisi sayap dan Matias Conti kembali bergandingan dengan Dickson Nwakaeme.

20 minit pertama kedua-dua pasukan kelihatan bermain dengan berhati-hati kerana padang yang agak licin berikutan hujan lebat yang turun pada sebelah petang di Shah Alam.

Dickson Nwakaeme memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pertama setelah mendapat lorongan daripada Hafiz Kamal. Beliau dengan tenang menewaskan penjaga gol PDRM Badrulzaman untuk Pahang mendahului dengan 1-0.

Selang dua minit, Pahang menggandakan jaringan gol apabila Matias Conti menewaskan Badrul dalam situasi 1 lawan 1 hasil umpanan Surendren. Jaringan itu dibantah oleh pemain PDRM kerana mendakwa bola masih belum melepasi garisan gol tetapi pengadil membenarkan jaringan tersebut.

Separuh masa kedua bermula dengan Pahang lebih banyak menyerang dengan sekali sekala PDRM melancarkan serangan balas. Hasilnya, Pahang memperolehi gol ketiga melalui sepakan penjuru oleh Hafiz Kamal yang mencari Zesh di ‘far post’ dan Zesh menanduk bola kepada Conti untuk mudah disudahkan.

Tiada tambahan jaringan selepas itu dengan Pahang kekal mendahului 3-0 hingga tamat perlawanan. Keputusan itu menjadikan Pahang adalah pasukan ketiga layak ke suku akhir selepas JDT dan Selangor.

Gambar :  FB Pahang FA

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top