Anda di sini
Laman Utama > Berita > Igauan buruk buat Pahang bertambah

Igauan buruk buat Pahang bertambah

Kekalahan dua kali berturut-turut dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia 2015 belum cukup untuk memberi igauan buruk kepada Pahang apabila menerima perkhabaran seorang lagi pemain mengalami kecederaan yang memungkinkan beliau terpaksa melupakan terus kempen Piala Malaysia pada tahun ini.

Mohd Fauzi Roslan atau lebih mesra dipanggil Kojie telah disahkan mengalami bengkak di tumit kakinya yang memaksanya berehat sehingga tamat musim 2015.

Kojie yang ditemui selepas perlawanan Pahang menentang PKNS sabtu lepas ternyata kecewa kerana tidak dapat membantu Pahang untuk mempertahankan Piala Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut.

“Bengkak di kaki saya alami semasa perlawanan menentang Pulau Pinang tempoh hari. Walaupun dah beransur baik dan saya sendiri sudah mula turun berlatih tapi kesakitan itu kembali dan itu sebabnya pihak kejurulatihan tidak menyenaraikan saya dalam pasukan sabtu lepas”.

“Jika keadaan ini berterusan mungkin saya akan terlepas aksi Piala Malaysia pada tahun ini. Saya amat kecewa kerana gagal membantu rakan-rakan sepasukan lebih-lebih lagi ketika keadaan sekarang bila kita sudah tewas dua kali berturut-turut”.

Kecederaan Kojie menyebabkan satu lagi pemain telah masuk ke dalam senarai kecederaan yang terlepas baki saingan Piala Malaysia. Sebelum ini Pahang telah kehilangan dua pemain tengah akibat kecederaan ACL iaitu Azidan Sarudin dan Nor Azam Azih.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top