Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Kenali karakter penyokong

Kenali karakter penyokong

Menjelang penswastaan Liga Malaysia bermula tahun depan, usaha untuk memajukan sesebuah kelab atau persatuan sudah pasti menjadi agenda utama dalam memastikan sesebuah pasukan itu kekal kompetitif dan relevan dalam kelompok pasukan elit di Malaysia. Tahun hadapan yang dianggap crucial ini perlu dihalusi oleh pihak pengurusan agar momentum pencapaian dapat dipacu dari masa ke semasa.

Antara aspek yang penting bagi merealisasikan impian ini adalah dengan mengenali karakter para penyokong yang dianggap salah satu stakeholder dalam industri bola sepak. Di dalam mana-mana industri sekalipun, setiap producer atau service provider disaran untuk mengutamakan pelanggannya dalam membuat perancangan samada jangka pendek mahupun panjang. Begitu juga dengan bola sepak, setiap perancangan yang dilakukan perlu mengambil kira faktor penyokong dan perlu dikenali dari aspek consumer (fans) behaviour agar tangible dan intangible products/services yang ditawarkan oleh pihak pengurusan mampu memenuhi selera dan kehendak pelanggan/penyokong.

Sebagai contoh, di dalam industri automotif, penawaran produk yang bersifat tangible kepada pelanggan seperti basic features sebuah kenderaan sudah pasti agak ketinggalan lantas pengeluar kenderaan mengaplikasikan inovasi dalam produk dengan memperkenalkan features yang dianggap bell and whistles agar ianya mampu menarik minat para pelanggan untuk membeli. Features seperti in-car cigarette lighter mungkin sudah tidak relevan dan diganti dengan feature yang inovatif seperti USB port atau power outlet yang lebih signifikan dengan perubahan gadjet masa kini. Begitu juga dengan bola sepak, disebalik tangible benefits yang ditawarkan iaitu keputusan perlawanan dan produk pasukan atau merchandising, ada perkara yang perlu dilihat secara serius oleh setiap persatuan atau kelab di Malaysia iaitu bagaimana mereka mampu menjangkaui intangible benefits para penyokongnya seperti emosi dan pengalaman para penyokong di stadium untuk menyokong pasukan masing-masing dan memupuk sense of belonging para penyokong setianya. Perkara ini perlu dipandang serius dan dilihat mampu memupuk kesetian kepada penyokongnya (loyalty) yang dilihat aspek ini jarang diberi tumpuan dan akhirnya sokongan itu bersifat bermusim.

Perkara utama yang perlu diberi penekanan dalam merangka sebarang perancangan adalah dengan mengenali karakter para penyokongnya dalam membuat sebarang keputusan. Terdapat beberapa terma yang boleh merujuk kepada karakter penyokong bola sepak. Antaranya ialah (definisi oleh Hunt et.al (1999):

  1. Temporary fans (sementara): bersifat sementara berpandukan kepada satu-satu masa dan akan kembali kepada normal selepas satu jangka masa itu.
  2. Local fans: menyokong sesuatu pasukan dan pemain atas faktor lokasi dan sekiranya mereka berpindah, sokongan itu akan menurun.
  3. Devoted fans: Kekal setia kepada pasukan asal walaupun mereka sudah berpindah ke tempat/lokasi lain. (contoh dari Pahang ke Melaka dan masih kekal setia menyokong pasukan Pahang).
  4. Fanatical fans: terlalu obses dengan pasukan namun masih tidak mengabaikan perkara-perkara utama dalam diri.
  5. Dysfunctional fans: menjadikan sukan/bola sepak sebagai sumber self-identification atau identiti dalam diri mereka.

Selain itu juga, penyokong bola sepak boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu mengikut kepada sumber hiburan (entertainment) dan minat terhadap sukan itu sendiri dan mengharapkan kepada keputusan positif setiap perlawanan. Penyokong yang menjadikan bola sepak sebagai medium entertainment lebih dikenali sebagai “casual” di mana mereka membuat keputusan untuk membeli tiket di stadium atas dasar hiburan melalui aksi yang dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan dan tidak melihat kepada kemenangan pasukan semata-mata. Mereka juga ingin merasakan pengalaman berada di stadium dengan menikmati atmosphere stadium seperti sorakan para penyokong dan juga hospitality serta infrastruktur stadium yang disediakan oleh pasukan.

Sebagai contoh, mereka akan berpuas hati menonton perlawanan bola sepak yang sengit dengan keputusan berakhir 4-4 daripada melihat keputusan yang dimenangi oleh pasukan dengan jaringan tipis seperti 1-0. Sebaliknya, penyokong yang dilabel fanatics, mempunyai deepest connection dengan pasukan dan mereka juga dipecah kepada dua kategori iaitu sebagai club lovers dan football lovers dimana mereka mempunyai passion yang tinggi dalam bola sepak.

Terdapat juga karakter para penyokong yang dikategorikan mengikut segmen psychographic seperti dicadangkan oleh Quick dan Van Leuwen (1998) iaitu:

  1. Aficianado: penyokong yang mengharapkan persembahan yang berkualiti dan menghiburkan sambil perlawanan itu bukanlah punca kepada kesetian kepada pasukan.
  2. Theatre goer: mengharapkan persembahan yang mengiburkan dan mahukan persaingan sengit kedua-dua pasukan.
  3. Passionate partisan: mahukan pasukan yang disokong memenangi perlawanan dan sentiasa peka kepada keputusan pasukan samada menang atau kalah.
  4. Champ follower: perubahan menyokong berdasarkan kepada kemenangan sahaja.
  5. Reclusive partisan: sentiasa mengikuti perkembangan pasukan tetapi jarang ke stadium.

Secara kesimpulannya, karakter para penyokong perlu diberikan penekanan dalam menempuhi cabaran penswastaan liga tidak lama lagi. Dengan memahami gelagat para penyokong atau memahami konsep consumer behaviour, sesebuah pasukan itu lebih peka dengan kehendak dan kemahuan para penyokong dalam membuat keputusan seperti perancangan pembelian pemain, membawa masuk pemain yang berprofil tinggi, penyediaan infrastruktur, pembangunan akar umbi, official merchandising, sponsorship dan sebagainya.

Satu kajian perlu dilakukan untuk mengenali peratusan ciri-ciri penyokong di Pahang khususnya dan Malaysia secara amnya agar perancangan yang dilakukan menetapi kehendak pasukan. Sebagai contoh, penyelidikan yang lebih mendalam dalam mengenali market segmentation para penyokong perlu diusahakan seperti mengenalpasti demographic profile para penyokong dari segi jantina,umur, pendapatan tahunan, kekerapan ke stadium, perbelanjaan ke stadium atau lokasi asal penyokong di mana data-data ini berguna untuk dijadikan panduan sebelum membuat keputusan untuk menawarkan pas bermusim (sebagai contoh) kepada penyokong pada masa akan datang.

Tambahan lagi, intangible benefits adalah perkara yang perlu diberikan penekanan di sini untuk meningkatkan loyalty dalam kalangan penyokongnya. Corporate Social Responsibility (CSR) program adalah perlu bagi memupuk engagement antara pasukan dan para penyokongnya di mana tahap sense of belonging itu akan semakin erat lantas sokongan bermusim dapat dikurangkan dan seterusnya menjadikan para penyokongnya bertambah setia (jatuh bangun bersama pasukan). Banyak lagi usaha perlu dilakukan dalam mengenali karakter para penyokong, namun sebagai langkah awal, kajian yang komprehensif perlu dilaksanakan agar setiap model pembangunan (fans management) dari Barat mampu disesuaikan dari segi praktikalnya di Malaysia.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top