Anda di sini
Laman Utama > Berita > Yan mahu kekal No 1

Yan mahu kekal No 1

3 tahun selesa memegang status penjaga gol no 1 Pahang, Khairul Azhan Md Khalid direhatkan dalam 3 perlawanan terakhir bermula pada saingan suku akhir kedua menentang Istiklol FC. Situasi itu bagaimanapun tidak mengejutkan peminat Pahang disebabkan penurunan prestasi anak kelahiran Kuantan itu dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Untuk rekod, Yan sudah melepaskan 8 gol dalam 3 perlawanan terakhir termasuk pertemuan menentang Felda dan Terengganu dalam Liga Super.

Menurut jurulatih penjaga gol Mudzar Mohamad, beliau mengakui penurunan prestasi anak buahnya itu dan dengan merehatkan Khairul Azhan adalah bertujuan untuk memulihkan motivasi beliau dalam mengembalikan rentak cemerlang yang pernah dipamerkan sebelum ini.

“Persaingan ini adalah sihat. Khairul Azhan dan Nasril Nourdin kedua-duanya penjaga gol yang bagus, cuma Nasril masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang dialami.”

Sementara itu, Yan yang ditemui selepas sesi latihan bertekad untuk mempamerkan persembahan terbaik sekiranya diturunkan pada perlawanan malam esok. 

“Penurunan prestasi perkara biasa sebagai penjaga gol, ia bukan disebabkan saya merasa selesa dengan kedudukan nombor 1 ini. Saya menerima pengajaran ini dan bertekad untuk mempamerkan prestasi sebenar selepas ini.

Leave a Reply

Top