Anda di sini
Laman Utama > Berita > Tragedi Oktober di Darulmakmur

Tragedi Oktober di Darulmakmur

Pahang gagal memanfaatkan tempoh rehat 2 minggu ini untuk bangkit daripada kekecewaan perlawanan lalu apabila tewas 1-4 kepada PKNS dalam saingan kumpulan D TM Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. PKNS terlebih dulu mengejutkan tuan rumah apabila Gabriel Miguel Guerra menyempurnakan peluang dari luar kotak penalti pada minit ke 17.

PKNS menggandakan kedudukan melalui Pedro Henrique Cortes Olievera Gois yang menyudahkan hantaran Gabriel pada minit ke 27.

Pahang terus tertekan apabila diasak bertubi-tubi termasuk cubaan Mohd Nazri yang terkena tiang sekalipun Khairul Azhan sudah tertewas.

Pahang akhirnya berjaya merapatkan kedudukan apabila hantaran cantik Mohd Hafiz Kamal, disudahkan dengan tandukan oleh Zesh Rehman pada minit ke 42.

Kemasukan Matias Conti yang masuk menggantikan R Surendren dilihat tidak banyak membantu Pahang sebaliknya kealpaan benteng pertahanan Pahang sekali lagi dihukum PKNS apabila Mohd Nizam bijak memperdaya Khairul Azhan, hasil daripada serangan balas pantas pada minit ke 83.

Pahang seolah-olah menyerah kalah apabila Patrick Ronaldinho begitu mudah menyempurnakan gol keempat PKNS pada masa kecederaan sekaligus mengulangi igauan ngeri dibelasah Pulau Pinang pada perlawanan sebelum ini dengan keputusan yang sama 4-1.

Leave a Reply

Top