Anda di sini
Laman Utama > Berita > Jersi Pahang Edisi Khas Piala Malaysia menanti penonton bertuah

Jersi Pahang Edisi Khas Piala Malaysia menanti penonton bertuah

Penyokong Pahang yang hadir ke Stadium Darulmakmur pada hari Sabtu ini bagi menonton perlawanan antara Pahang menentang PKNS FC dalam saingan Piala Malaysia akan berpeluang memperolehi sehelai jersi Pahang edisi Piala Malaysia melalui cabutan bertuah yang julung kali diadakan pada tahun ini.

Sebanyak 30 helai jersi Pahang akan disediakan kepada penonton bertuah pada malam itu dan akan ditaja sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan Pahang.

Lucky Draw

Menurut Ketua Eksekutif Pahang FC Farizal Hassan, pemberian jersi ini adalah salah satu tanda terima kasih dan penghargaan kepada peminat-peminat Pahang yang tidak putus-putus memberi sokongan dari Liga Super, Piala FA, Piala AFC mahupun Piala Malaysia yang sedang berlangsung sekarang.

“Peminat yang hadir hendaklah menyimpan keratan tiket mereka pada hari tersebut dan cabutan akan dibuat berdasarkan nombor siri yang terdapat di belakang tiket tersebut”.

“Para pemenang akan diumumkan melalui pembesar suara dan juga akan dipaparkan di papan skor elektronik semasa rehat separuh masa pertama”.

Jersi yang dimenangi boleh dituntut di Astaka Utama selepas perlawanan sehingga 11.30 malam dan bagi mereka yang gagal menuntut pada waktu yang ditetapkan pada malam itu boleh menuntut hadiah mereka di pejabat PBNP pada hari Isnin semasa waktu pejabat”.

Jersi Edisi Terhad Piala Malaysia kini boleh didapati dengan harga RM65 dengan tambahan lencana Piala Malaysia dan TM di bahagian lengan. Tempahan untuk baju tersebut boleh dilakukan dengan menghubungi 011 1091 2178 atau whatsapp ke 018 902 6696 atau email ke sales@pahangfc.com atau datang sendiri ke butik DRLMKMR di Stadium darul makmur pada hari perlawanan.

Jersi LE PM15

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top