Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala Malaysia Preview] Pahang sedia di Darul Makmur

[Piala Malaysia Preview] Pahang sedia di Darul Makmur

Bagaikan semuanya sudah bersedia, itulah ungkapan yang tepat digambarkan kini menjelang sepak mula perlawanan melibatkan Pahang dan PKNS FC Sabtu ini di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Selepas berehat kira-kira 2 minggu atas faktor cuaca dan memberi laluan kepada skuad kebangsaan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018, kedua-dua pasukan sudah pasti bersedia bagi meneruskan kerancakkan Piala Malaysia musim 2015.

AFI_4876
Conti pulih dari kecederaan dan bersedia diturunkan.

Tempoh rehat ternyata melegakan skuad Pahang apabila kecederaan yang menimpa penyerang importnya sebelum ini, Matias Conti hampir pasti diturunkan pada perlawanan ini untuk bergandingan dengan Dickson Nwakaeme yang dilihat mempunyai peranan yang tersendiri dibahagian serangan Pahang. Begitu juga dengan kehadiran semula Fauzi Roslan pada sesi latihan baru-baru ini  dilihat satu perkembangan yang positif untuk menambah impak pada serangan Pahang nanti.

IMG_5659
Davies bermain cemerlang semasa mewakili negara

Sekembalinya Razman Roslan dan Matthew Davies dalam skuad kebangsaan baru-baru ini juga satu berita yang positif apabila kedua-duanya diberitakan mengalami kecederaan sebelum ini. Cuma status pemain sayap, D. Saarvindran masih menjadi tanda tanya apabila beliau mengalami kecederaan dan dikeluarkan semasa pada perlawanan menentang Pulau Pinang tempoh hari.

Buat pasukan PKNS yang kini menghuni tangga kedua kumpulan D sudah pasti ingin meneruskan perjuangan untuk mencuri satu slot ke suku akhir. Walaupun bakal mengharungi perlawanan di arena lawan, PKNS dilihat mampu mencipta kejutan dengan sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Kuantan nanti.

Berpandukan pada rekod perlawanan di tempat lawan sepanjang kempen liga perdana, PKNS berjaya mencatatkan 4 kemenangan dan 4 kali seri lantas memberikan gambaran awal bahawa mereka mampu menggegar di Darul Makmur. Ini juga ditambah dengan kejutan ke atas Pulau Pinang pada perlawanan pertama kempen kumpulan D musim ini dengan berjaya mencatatkan kemenangan 0-3 di Bandaraya. Mampukah sang semut merah menggigit sang gajah di Darul Makmur?

Klik di sini , untuk melihat preview mengenai pasukan PKNS pada preview sebelum ini.

Perlawanan Sabtu ini harus dimanfaatkan dengan 3 mata bagi mengekalkan cengkaman dalam kumpulan D dan para penyokong setia Pahang sudah pasti merindui aksi pasukan di arena keramat mereka apabila kali terakhir beraksi di Darul Makmur adalah pada 12 September lalu. Ayuh para penyokong setia Tok Gajah, kembalikan aura Darul Makmur agar wadah perjuangan ini menemui objektifnya. Moga kemenangan milik kita.

Barisan kemungkinan (pilihan tokgajah.com)

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top