Anda di sini
Laman Utama > Berita > Penyokong, Pahang FC temui kata sepakat

Penyokong, Pahang FC temui kata sepakat

Perbezaan pendapat dan persepsi dalam kalangan penyokong setia Tok Gajah sebelum ini akhirnya mencapai titik persamaan apabila mereka dipertemukan dalam satu perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC, Encik Fahrizal Hassan petang semalam di Kuantan.

Perjumpaan melibatkan sebahagian wakil penyokong yang bergerak aktif di laman sosial ini adalah dalam misi membawa penambahbaikan berterusan bola sepak Pahang secara amnya. Perjumpaan hasil cetusan idea Fahrizal sendiri disambut baik oleh wakil penyokong dan ternyata membuahkan hasil apabila beberapa usaha dalam menangani permasalahan melibatkan penyokong termasuklah dari aspek keselamatan dan keselesaan dalam usaha menyokong pasukan Pahang, berjaya mencapai kata putus.

Satu persetujuan telah dicapai melibatkan kedua-dua pihak dalam merangka perancangan jangka pendek, sederhana mahupun panjang pada tahun mendatang yang dianggap sebagai crucial apabila penswastaan liga Malaysia bakal diaplikasikan secara penuh nanti.

Antara agenda yang dibincangkan ialah bagaimana pendekatan yang perlu dilaksanakan dalam usaha mempromosikan baki perlawanan melibatkan Pahang dalam saingan Piala Malaysia terutamanya di Stadium Darul Makmur, penubuhan kelab gabungan penyokong, aktiviti pasukan dengan komuniti dan juga penambahbaikan sistem penjualan tiket yang lebih efektif. Walaubagaimanapun, segala perincian pelaksanaan ini akan diumumkan secara rasmi oleh pihak pengurusan dalam masa terdekat nanti.

Diharapkan pertemuan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dalam membawa bola sepak Pahang ke satu aras yang lebih baik. Keprihatinan pihak pengurusan Pahang juga sewajarnya diberikan pujian kerana tampil bersama dalam mendegar denyut nadi para penyokong yang turut memainkan peranan yang penting sebagai sebahagian dari pemegang taruh bola sepak Pahang zaman berzaman.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top