Anda di sini
Laman Utama > Berita > Alex temui sentuhan, Razman dapat panggilan

Alex temui sentuhan, Razman dapat panggilan

Berita gembira diterima buat dua pemain Pahang dari kota Bangkok pada hari ini semasa Piala Malaysia sedang berehat selama dua minggu untuk panggilan skuad kebangsaan bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2017.

Pemain sayap Pahang kelahiran Kuala Lipis, Mohd Azammudin Akil meneruskan kecemerlangan prestasinya semasa Piala Malaysia apabila menemui sentuhan golnya untuk skuad kebangsaan setelah kemarau gol hampir 2 tahun.

Azammuddin yang dikenali peminat sebagai Alex menjaringkan gol kedua Malaysia semasa bertemu Laos dalam aksi persahabatan di Stadium Thupatemi  di Bangkok sebentar tadi. Jaringan itu diperoleh melalui rembatan dari dalam kotak penalti yang terbias terkena pemain lawan sebelum menerjah jaring.

Malaysia menewaskan Laos dalam perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1 dengan dua lagi gol dijaringkan oleh pemain sayap Felda United Cristian Jayaseelan. Dalam perlawanan ini satu lagi pemain Pahang iaitu penjaga gol Khairul Azhan dan bek kanan Matthew Davies diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Sementara itu, tonggak pertahanan yang juga ketua pasukan Pahang dipanggil pada saat-saat akhir oleh Ketua Jurulatih sementara Malaysia, Datuk Ong Kim Swee bagi menggantikan Fadhli Saas yang mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut.

Razman yang tersisih sebelum ini kerana kecederaan belakang yang juga setelah pulang dari tugasan skuad negara. Beliau baru sahaja pulih dan sepatutnya membuat kemunculan semula dalam perlawanan keempat Pahang dalam Piala  Malaysia yang dibatalkan kerana jerebu teruk yang melanda negara.

Panggilan ini adalah untuk menghadapi perlawanan seterusnya dalam kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2017 menentang Timor Laeste di Dili pada 13 Oktober ini. Malaysia kini menduduki tangga tercorot setelah memperolehi 1 mata dalam 4 perlawanan.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top