Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang mungkin hilang khidmat Matthew Davies

Pahang mungkin hilang khidmat Matthew Davies

Senarai pemain yang mengalami kecederaan bertambah panjang menjelang perlawanan pusingan kedua Kumpulan D Piala Malaysia 2015 yang akan bermula malam ini.

Pasukan Pahang semasa sesi latihan semalam di Padang SUK Shah Alam.

Pemain terbaru Pahang yang menyertai senarai itu ialah pertahanan kanan Matthew Davies dan penyerang kelahiran Pekan Mohd Fauzi Roslan.

IMG_5659-0Matthew yang mengalami bengkak di bahagian buku lali ketika latihan petang semalam di padang SUK dijangka terlepas untuk beraksi menentang PDRM pada malam ini.

Bagi Fauzi Roslan pula yang tidak mengikut rombongan Pasukan Pahang ke Shah Alam telah mengalami kecederaan juga di pergelangan kaki sebaik sahaja pulang dari Pulau Pinang.

Sebelum ini Pahang telah kehilangan dua pemain tengah iaitu Azidan Sarudin dan Norazam Azih yang mengalami kecederaan ACL. Khidmat mereka tidak dapat digunakan sehingga tamat Piala Malaysia.

Matias Conti dan Razman Roslan tersisih pada perlawanan menentang Pulau Pinang manakala D Saarvindran pula dikeluarkan pada babak kedua akibat kecederaan walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian.

Walaupun begitu Razman telah sembuh sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan keempat Pahang dalam kempen Piala Malaysia.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top