Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala Malaysia: Preview] PDRM vs Pahang

[Piala Malaysia: Preview] PDRM vs Pahang

Selepas menerima kejutan ke atas Pulau Pinang pada perlawanan ketiga Sabtu lalu, skuad Tok Gajah sekali lagi hadir di gelanggang lawan buat kali ketiga berturut-turut dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya musim lalu. Tumpuan pasti terarah kepada perlawanan Sabtu ini apabila kedua-dua pasukan mempunyai misi yang tersendiri dalam mencipta kebangkitan dalam kempen musim ini.

8

PDRM yang ketika ini hanya memungut 2 mata hasil daripada 2 kali seri dan sekali tewas ke atas Pahang di Darul Makmur pasti ingin menjadikan perlawanan ini medan kebangkitan untuk mencipta kemenangan pertama seterusnya menghidupkan peluang mara ke peringkat suku akhir. Bukan itu sahaja, kemenangan ini juga sedikit sebanyak bakal menebus kekecewaan pada pertemuan pertama tempoh hari apabila gol kemenangan oleh Dickson Nwakaeme meranapkan harapan The Cops untuk membawa pulang satu mata di gelanggang lawan.

Harapan untuk mencetak gol sudah pasti disandarkan kepada penyerang sensasinya, Ashfaq Ali yang ketika ini berada dalam prestasi terbaik apabila berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan setakat ini. Namun, pasukan ini turut berhadapan dengan 2 situasi yang berbeza. Tatkala strike force mampu menemui sentuhan gol, dalam masa yang sama mereka turut berhadapan masalah dibahagian benteng pertahanan apabila mencatatkan 8 kali bolos selepas 3 perlawanan. Masalah ini turut dialami pasukan Pahang ketika ini kerana turut mencatatkan jumlah bolos yang agak banyak iaitu sebanyak 7 kali, 3 kali ketika bertemu PDRM dan 4 kali di Stadium Bandaraya. Namun, clean sheet yang berjaya dicipta di Selayang tempoh hari ketika bertemu PKNS sedikit sebanyak bakal dijadikan azimat untuk bertemu PDRM Sabtu ini agar pencapaian yang sama bakal diulangi pada perlawanan ini nanti.

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dalam usaha untuk terus unggul menerajui kumpulan D ini. Kealpaan barisan pemain ketika menghadapi Pulau Pinang tempoh hari sehingga mengundang peluang untuk dibolosi perlu diatasi dengan segera kerana pasukan PDRM mempunyai strike force yang efektif dalam merobek kubu Tok Gajah nanti.

Status kecederaan yang melanda Matias Conti juga menjadi tanda tanya ketika ini dan diharap kemasukan beliau dalam kesebelasan utama nanti mampu menambah bisa dibahagian serangan Pahang selain turut berfungsi dalam merencanakan percaturan taktikal terutamanya ketika dalam situasi route one football nanti. Begitu juga dengan status kecederaan Razman Roslan yang terlepas 3 aksi awal Piala Malaysia. Namun dengan perkhabaran yang semakin positif, diharapkan ketua pasukan Pahang ini mampu beraksi Sabtu ini sambil leadership oriented  yang ada pada beliau mampu memperkukuhkan benteng pertahanan Pahang nanti.

Kesimpulannya, peluang ke peringkat suku akhir bagi kumpulan D ini masih terbuka seterusnya mewarnai perjalanan 4 buah pasukan dalam misi untuk memperbaiki pencapaian pada pusingan pertama. Buat pasukan Pahang walaupun dilihat mempunyai sedikit kelebihan dalam kumpulan ini kerana mempunyai 2 baki perlawanan di Darul Makmur, namun perlawanan Sabtu ini harus dimanfaatkan dengan kemenangan atau sekurangnya-kurangnya membawa pulang satu mata agar tekanan untuk bergelar sang juara dapat dikurangkan.

Menanti amukan Sang Gajah, Hogoh Pahang Hogoh!

#misi9mata

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top