Anda di sini
Laman Utama > Berita > Razman teruja untuk kembali beraksi

Razman teruja untuk kembali beraksi

Ketua Pasukan Pahang, Razman Roslan berharap agar dapat kembali beraksi membantu pasukan selepas terlepas 3 perlawanan awal kumpulan D Piala Malaysia akibat kecederaan belakang lapor koresponden TGC Anuar Yahya

Pemain pertahanan itu mengalami kecederaan belakang setelah pulang dari panggilan skuad kebangsaan menentang UAE dan Arab Saudi pada bulan Ogos yang lalu. Razman hanya bermain sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang UAE manakala dalam perlawanan menentang Arab Saudi beliau bermain sebagai kesebelasan utama.

Sudah mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan lain pada sepanjang minggu ini, beliau berharap kehadiran semulanya akan mengutuhkan kembali barisan pertahanan yang sudah melepaskan 7 gol sejak bermula saingan Piala Malaysia.

“Saya sudah mula berlatih secara penuh sepanjang minggu ini bersama rakan sepasukan yang lain walaupun rasa sakit itu masih ada tetapi sudah beransur berkurangan.”

“Saya sudah bersedia untuk bermain tetapi apa-apa pun sekarang terpulang kepada Jurulatih samaada mahu menurunkan saya atau tidak. Moga-moga kehadiran saya dapat membantu benteng pasukan dan membolehkan kami mendapat keputusan yang baik.”

Selain terlepas 3 perlawanan awal, Razman juga tercicir dari senarai terbaru panggilan skuad kebangsaan yang diumumkan oleh Dato’ Ong Kim Swee selasa lalu.

Zainal dijangka menurunkan Razman setelah kempunan mendapatkan khidmatnya selama 3 perlawanan bagi memperkukuhkan barisan pertahanan yang kelihatan membimbangkan dan menjadi kerisauan para peminat.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top