Anda di sini
Laman Utama > Dari Luar Stadium > Kembara TGC @ Sheffield-Bahagian 1

Kembara TGC @ Sheffield-Bahagian 1

Bulan Jun yang lalu, penulis berpeluang untuk menggembara ke  Sheffield, United Kingdom. Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana diberikan peluang untuk merasai pengalaman berada di negara orang. Destinasi yang ditujui adalah di Sheffield yang merupakan third largest English district jika diukur mengikut populasi dan terletak di South Yorkshire, England.

Dikesempatan berada di sini, penulis tidak melepaskan peluang untuk meninjau stadium di sekitar Sheffield ini. Terdapat 2 buah pasukan yang terbesar dan terkenal di sini ialah Sheffiled Wednesday dan Sheffiled United. Perjalanan pertama adalah ke Hillsborough untuk menyaksikan sendiri venue pasukan Sheffield Wednesday yang merupakan antara kelab yang tertua dalam sejarah liga di England. Kelab ini ditubuhkan pada 1867 dan dikenali sebagai The Wednesday Football Club sehingga tahun 1929 dan ditukar kepada Sheffield Wednesday. Pasukan yang juga dikenali dengan The Owls ini banyak meninggalkan legasi yang tersendiri dalam liga kompetitif di UK. Masih kekal dalam ingatan penulis ketika ini apabila pasukan ini berjaya layak ke Final Piala FA pada tahun 1993 bertemu dengan Arsenal. Namun, mereka tewas dengan jaringan 2-1 (replay game) selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan pertama. Musim ini, walaupun masih beraksi di championship league (second tier-league), kejutan ke atas pasukan utama iaitu Newcastle United di St James Park bagi saingan League Cup pusingan ketiga baru-baru ini menceritakan betapa pasukan ini penuh dengan kejutan terutamanya ketika beraksi dalam liga perdana sekitar tahun 90an dahulu.

Perjalanan ke Hillsborough memakan masa lebih kurang 15 minit melalui supertram. Stadium ini terletak kira-kira 3 batu dari city centre dan jikalau menaiki supertram, pastikan anda turun di Leppings lane dan perlu berjalan kaki dalam lingkungan 5-7 minit untuk ke stadium.

IMAG2118
Supertram menuju ke Hillsborough
CYMERA_20150929_232124
Sekitar kawasan stadium sebaik turun dari tram

Selepas turun dari tram, dari jauh kelihatan stadium ini yang membuatkan penulis semakin teruja untuk mengatur langkah untuk ke destinasi ini.

IMAG2153
West stand

 

CYMERA_20150623_181627
tu dia, mafla TGC di hadapan Megastore
IMAG2165
Simple tapi menarik
IMAG2163
Pintu masuk stadium-bukan pintu utama
IMAG2156
Di dalam megastore, dapat juga beli beberapa merchandise pada harga off season.

Selain digunakan sebagai venue rasmi perlawanan bola sepak bagi pasukan The Owls ini, stadium ini turut menyediakan kemudahan untuk penganjuran beberapa acara seperti perkahwinan, parti, pameran dan juga persidangan. Beberapa ballroom atau suites serta restoran yang terletak di pintu utama stadium berfungsi sebagai hospitality yang boleh ditempah bagi penganjuran acara tersebut. Stadium yang mula digunakan sekitar tahun 1899 ini boleh menampung sehingga 39000 penonton pada satu-satu masa. Stadium ini telah menjalani beberapa siri pengubahsuaian sambil mengekalkan ciri-ciri atau strukutur asal bangunan. Antara fakta yang menarik mengenai stadium ini ialah, venue ini turut digunakan pada tahun 1966 bagi beberapa perlawanan Piala Dunia di mana England menjadi tuan rumah ketika itu dan turut digunakan pada tahun 1996 bagi kejohanan bola sepak eropah (Euro 96).

IMAG2191
Pasukan-pasukan yang berjiran, Barnsley, Sheffield United, Chesterfield FC, Doncaster FC

Seterusnya perjalanan menuju ke satu lagi venue pasukan dari Sheffield ini iaitu Sheffiled United, bersambung di bahagian 2 nanti.

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top