Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Variasi formasi dan taktikal

Variasi formasi dan taktikal

Setelah di belasah di Stadium Bandaraya Sabtu lalu, ramai peminat setia Pahang seakan resah dan hilang punca. Masakan tidak, sebuah pasukan yang datangnya dari Liga Perdana, atau lebih tepat sebagai naib juara Liga Perdana berjaya membaham juara bertahan Piala Malaysia 2 tahun berturut-turut dengan jumlah jaringan yang agak besar. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan ketika ini jika mahukan Piala Malaysia terus kekal di bumi Darul Makmur. Kemenangan Pulau Pinang bukan hanya melonjakkan keyakinan sang Harimau Kumbang, tetapi juga pasukan-pasukan lain dalam kancah Liga Malaysia yang pastinya mahu menyekat hajat Pahang melakar hattrick Piala Malaysia.

Pahang yang ketandusan piala pada tahun 2015 pasti ingin memastikan Piala Malaysia sekali lagi diarak sekitar negeri Pahang bagi membalas jasa penyokong yang tidak henti-henti memberi sokongan. Beberapa faktor yang boleh diambil kira mengenai kegagalan Pahang yang nampak lesu dalam kempen 2015 ini. Antaranya ialah kecederaan pemain, jadual yang padat dan  kekangan pemain yang setaraf dengan pemain utama.

Bila menghadapi sesuatu masalah, kita mesti memerlukan pelan tambahan bagi menggantikan pelan sedia ada yang nampak seakan hampir hilang fungsinya. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan taktikal yang digunakan. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini dan jauh sekali ingin mempertikai perancangan yang dibuat oleh pengendali pasukan tetapi mungkin pendapat ini boleh dijadikan rujukan atau diaplikasi sebahagian daripadanya.

Formasi 5-3-2

Beberapa taktikal boleh digunakan oleh Zainal Abidin Hassan bagi mencipta kebangkitan semula Pahang di pusingan kedua nanti. Formasi 5-3-2, dengan 5 orang pemain pertahanan, seakan menampakkan taktikal bertahan buat Pahang kerana memperkuatkan bahagian bawah.

Pahang 5-3-2 - Football tactics and formations

5 pertahanan boleh di jadikan formasi kukuh untuk mengekang asakan pihak lawan. Penggunaan formasi 5-3-2 bakal menyaksikan 2 orang wing back Pahang iaitu Matt dan Poyeng untuk menggunakan semaksima mungkin tenaga mereka. Mereka bukan sahaja bertindak sebagai pemain pertahanan tetapi juga sebagai pemain sayap. 2 peranan yang perlu dipikul mereka iaitu bertindak sebagai pertahanan ketika diserang dan sebagai pemain sayap ketika menyerang.

Manakala Alex atau Gopi akan bertindak sebagai free role player yang mana akan memerlukan mereka berada dalam kawasan penalti lawan secepat mungkin bagi membantu 2 penyerang di atas untuk menambah peratusan menjaringkan gol apabila semakin ramai pemain berada di dalam kawasan penalti lawan.

Pilihan terarah kepada Gopi untuk berada di dalam kawasan penalti lawan berdasarkan kelajuan dan kemahiran menggelecek yang tinggi sambil Alex akan terus berada di kawasan tengah bersama Hafiz. Ini berdasarkan kepada karakter Alex yang mempunyai work rate yang tinggi serta mampu untuk turun ke bahagian pertahanan dengan cepat sekiranya serangan berjaya dipatahkan dan break attack lawan dilakukan.

Formasi 4-3-3

Formasi yang kedua ialah 4-3-3, formasi yang sering digunakan oleh Barcelona.

Pahang 4-3-3 - Football tactics and formations

Formasi ini memerlukan pemain yang mantap dibahagian tengah, kawasan tengah perlu diperkukuhkan dan pemain bahagian atas sebelah tepi seperti Dickson dan Gopi perlu bijak untuk melakukan larian dari belakang bagi melorongkan bola kepada Conti. Manakala Zesh akan bertindak sebagai defensive bagi memperlahankan serangan pasukan lawan di kawasan tengah padang sebelum sampai ke bahagian terakhir sekiranya counter attack dilakukan oleh pasukan lawan.

Biasanya formasi ini memerlukan pemain tengah yang mempunyai kemahiran satu atau dua sentuhan sahaja dengan bola sebelum melakukan hantaran pendek kepada rakan sepasukan. Formasi ini kurang sesuai untuk bermain hantaran bola jauh kerana tiada pemain sayap digunakan. Formasi 4-3-3 lebih kepada pemainan build up seperti yang pernah dilakukkan oleh Dollah Salleh semasa membimbing Pahang berjaya pada 2013.

Dickson dan Gopi mempunyai kemahiran individu yang tinggi bagi mengatasi pemain pertahanan lawan sebelum Conti menyudahkan hantaran mereka. Kita tahu bahawa Conti bukanlah striker yang biasa membuat gerakan sendiri, dia hanya seorang D Box striker yang memang tugasnya menyudahkan bola sehingga berada di dalam gawang lawan.

Formasi 4-4-2

Formasi terakhir yang dirasakan sesuai ialah formasi klasik 4-4-2

Pahang 4-2-2 - Football tactics and formations

Dengan pembentukan formasi pemain tengah seperti bentuk diamond akan mengukuhkan serangan dan memperkuatkan bahagian pertahanan. Hafiz akan bertindak seperti kebiasaannya sebagai pemain tengah menyerang bagi membantu bahagian serangan. Cuma 1 yang perlu diperkemaskan oleh Hafiz Kamal sebelum perlawanan nanti adalah long shot range beliau. Jika pasukan lawan melakukan formasi bertahan, sudah tentu barisan strike force Pahang akan buntu untuk memecah masuk ke bahagian penalti. Jadi seorang pemain perlu berani bagi melakukkan percubaan dari luar kotak penalti.

Formasi sebegini juga memerlukan seorang pemain tengah bertahan yang kuat untuk membantu dari segi menyerang dan boleh kembali ke kawasan asalnya dengan pantas jika pasukan lawan melakukan counter attack. Alex dan Gopi akan bertindak seperti biasa di bahagian sayap dan Dickson boleh berada sedikit di belakang Conti bagi menarik seberapa mungkin pemain lawan dengan kawalan bola dan kekuatan tubuh badan beliau sebelum Conti perlu cepat untuk mencari ruang bagi menjaringkan gol.

Lawan  sudah tahu

Dengan mengetengahkan variasi taktikal, pasti menyulitkan pasukan lawan untuk mengagak game play yang bakal pasukan Pahang lakukan. Sesungguhnya Pahang mempunyai ramai pemain yang serba boleh dan mempunyai work rate yang tinggi untuk mengaplikasi pelbagai taktikal sebagai game plan untuk bertemu pasukan yang sudah arif dengan variasi formasi dan taktikal Pahang ketika ini. Kesimpulannya, biar apapun formasi dan taktikal yang dirancang, para pemain sebagai unit yang menterjemahkan perancangan ini dituntut untuk konsisten dan fokus agar formasi dan taktikal yang dirancang bakal menemui kesan yang positif.

 

 

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: