Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala Malaysia] Kejutan di Bandaraya

[Piala Malaysia] Kejutan di Bandaraya

IMG_5363
Kredit foto: Persatuan bolasepak negeri Pahang/facebook

Pahang gagal untuk melebarkan penguasaan dalam kumpulan D apabila tewas 4-1 ke atas Pulau Pinang pada perlawanan ketiga saingan Piala Malaysia musim 2015 di stadium Bandaraya malam tadi.

Keputusan ini ternyata mengecewakan seluruh peminat Tok Gajah yang mengharapkan persembahan konsisten bakal dilebarkan pada perlawanan ketiga ini. Separuh masa pertama, Pahang di lihat mampu untuk menyaingi pasukan Harimau Kumbang ini apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada lewat separuh masa pertama. Gol jaringan Dickson Nwakaeme melalui tandukan itu di lihat seakan membunuh semangat kebangkitan Pulau Pinang, namun semuanya berubah pada separuh masa kedua apabila Pulau Pinang selesa menundukkan Pahang dengan margin gol yang agak besar.

Mohd Azrul Ahmad, Mohd Azinee Taib dan Mohd Failee Ghazali merupakan watak utama yang di lihat sering mengucar-kacirkan barisan pertahanan Pahang. Buktinya, rangkaian 3 pemain ini merupakan arkitek kepada penghasilan gol pembukaan pasukan tuan rumah. Berpunca dengan 3 sentuhan dari Azrul yang bijak melambungkan bola ke arah Mohd Azinee dan ditolak mudah bagi membuka laluan kepada Failee untuk mudah menewaskan Nasril Nourdin.

Penglibatan Mohd Azrul dibahagian tengah Pulau Pinang di lihat seakan berkesan apabila berjaya melakukan pressing ke atas jentera tengah dan penyerang Pahang dan mampu untuk memenangi bola di tengah padang. Kemampuan beliau dalam menutup ruang yang menghubungkan barisan pertahanan dan tengah pasukan Pulau Pinang sememangnya boleh diberikan pujian. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh tenaga import Pulau Pinang iaitu Reinaldo Lobo dan kehandalan penjaga gol mereka dalam mengagalkan beberapa percubaan yang dilakukan Nwakaeme pada separuh masa kedua.

Buat pasukan Pahang, kekalahan ini sememangnya pahit untuk ditelan namun para pemain dituntut untuk terus bangkit kerana pasukan masih dalam landasan yang betul untuk mara ke suku akhir sambil mempunyai baki 2 perlawanan di gelanggang sendiri yang perlu dimanfaatkan dengan kemenangan. Moga cengkaman yang kukuh yang ditunjukkan oleh gandingan Zesh-Hafiz dibahagian tengah sebelum ini kembali pada tahap yang diinginkan yang dilihat semakin rapuh kebelakangan ini. Mungkin ketiadaan Azidan dan Nor Azam sedikit sebanyak memberi impak pada bahagian tengah Pahang melalui variasi atau game play yang dibawa oleh 2 pemain ini.

Diharap kekalahan ini tidak menjejaskan semangat para pemain untuk bangkit dan mencipta kemenangan pada pertemuan bertemu PDRM selepas ini. Ayuh Tok Gajah Ku!!! Misi hattrick masih relevan!

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “[Piala Malaysia] Kejutan di Bandaraya

Leave a Reply

Top