Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pasukan lebih penting daripada individu – Nasril

Pasukan lebih penting daripada individu – Nasril

FB_IMG_1427013419376

Selepas menunjukkan persembahan yang menyakinkan pada pertemuan bertemu Istiklol FC pada saingan suku akhir Piala AFC yang lalu, Nasril Nourdin sekali lagi diberi kepercayaan oleh Zainal Abidin Hassan untuk membarisi kesebelasan utama pada perlawanan kedua bertemu PKNS FC Sabtu lalu.

Nasril ternyata gembira apabila membantu pasukan melakar kemenangan kedua ke atas PKNS sambil turut membantu pasukan mencatat rekod clean sheet yang sudah lama tidak memihak skuad Tok Gajah.

Beliau ketika ditemubual oleh koresponden TGC, Mohd Fauzi Sabtu lalu, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan di atas kepercayaan yang diberikan sebagai benteng terakhir skuad Pahang pada perlawanan itu.

Selepas tampil sebagai penjaga gol bagi 2 perlawanan berturut-turut, rata-rata peminat setia Pahang berpuas hati dengan persembahannya dan beliau di lihat berpeluang untuk tampil sekali lagi pada pertemuan Sabtu ini bertemu Pulau Pinang di Stadium Bandaraya.

“Soal siapa yang diturunkan adalah bukan menjadi masalah yang besar buat saya, apa yang penting adalah pasukan berbanding individu kerana kita bermain secara berpasukan, dan sekiranya saya diberi peluang untuk diturunkan sekali lagi pada perlawanan akan datang, saya akan cuba buat yang terbaik dan meningkatkan prestasi saya dari semasa ke semasa”.

Rentetan kejayaan mengumpul 6 mata dari 2 perlawanan, Pahang di lihat berada pada landasan yang terbaik untuk menempah tiket ke saingan suku akhir sambil para pemain tidak terus dibuai kejayaan yang akhirnya boleh meranapkan impian untuk melengkapkan misi hattrick Piala Malaysia.

“Bagi saya perjalanan kita masih jauh, walaupun kita berjaya memenangi 2 perlawanan awal, masih ada lagi baki 4 perlawanan kumpulan yang perlu ditempuhi. Dalam bola sepak, macam-macam boleh terjadi, apa yang penting kita perlu melihat cabaran dari satu perlawanan kepada satu perlawanan”.

Untuk rekod, musim 2015 adalah tahun ketiga beliau bersama skuad Pahang setelah berpindah dari Perak. Beliau telah dan turut membuat penampilan dalam beberapa perlawanan musim ini antaranya bertemu MISC-MIFA pada saingan Pusingan Kedua Piala FA dan kedua-dua perlawanan bertemu Istiklol FC bagi peringkat suku akhir Piala AFC.

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top