Anda di sini
Laman Utama > Berita > Alex mahu Piala Malaysia kekal di bumi Pahang

Alex mahu Piala Malaysia kekal di bumi Pahang

Penyerang Pahang Mohd Azammuddin Mohd Akil mahukan Piala Malaysia kekal di bumi Pahang untuk kali ketiga-tiga berturut setelah berjaya melakukannya pada tahun 2013 dan 2014 lapor koresponden TGC Anuar Yahya.

Kejayaannya menjadi pemain pertama menjaringkan hattrik dalam Piala Malaysia 2015 semasa perlawanan menentang PDRM menjadikannya satu pembakar semangat kepada pemain yang lebih mesra disapa Alex ini.

Beliau juga sangat gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan yang meletakkannya bermain di posisi serangan pada perlawanan menentang PDRM sebelum ini setelah sekian lama ‘berbakti’ di posisi sayap. Hasilnya beliau telah berjaya menjaringkan hattrik pada perlawanana tersebut.

Baginya kembali bermain di posisi penyerang bukanlah suatu masalah kerana sudah sebati dengan posisi itu cuma perlu cepat menyesuaikan diri.

“Bagi saya bermain di posisi penyerang adalah bukan perkara luar biasa kerana dahulu saya pernah bermain di posisi tersebut.

Apapun, saya berasa bersyukur kerana berjaya menjaringkan gol setelah sekian lama tak menjaringkan gol dan Alhamdulliah jaringan itu boleh membantu pasukan memperolehi kemenangan.

Azam saya untuk menpertahankan kejuaraan dan membantu Pahang untk memenangi lagi piala dan juga muncul sebagai penjaring terbanyak Piala Malaysia pada musim ini”.

Pada perlawanan Sabtu lepas, Alex menjaringkan 3 gol untuk membantu Pahang menewaskan PDRM 4-3 di Stadium Darulmakmur. Jaringan beliau pada minit ke 3,35 dan 66 dan satu lagi dari Nwakaeme sudah cukup buat Pahang untuk memperolehi 3 mata penuh.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top