Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang teruskan misi hatrik

Pahang teruskan misi hatrik

Pahang mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan D Piala Malaysia 2015 apabila menewaskan PKNS FC di Stadium Selayang sebentar tadi.

Mengekalkan Nasril Nourdin sebagai penjaga gol setelah beraksi cemerlang semasa saingan Piala AFC Rabu lalu, Pahang juga tidak menurunkan gopi sebagai kesebelasan utama dengan Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan lebih cenderung memilih Surendren sebagai pemain sayap. Razman Rosman juga tidak diturunkan gara-gara cedera di bahagian belakang dan digantikan dengan Saifulnizam bergandingan dengan Damion Stewart.

Aksi babak pertama dilihat PKNS lebih banyak menyerang dengan sesekali Pahang menyerang balas melalui kedua-dua pemain sayap Alex dan Surendren. Peluang terbaik Pahang hadir pada minit 7 apabila rembatan Surendren menggegar palang gol ketika penjaga gol PKNS sudahpun tertewas.

Bersambung babak kedua, barulah Pahang memberi ancaman dengan melakukan serangan melalui Dickson Nwakaeme. Kemasukan Gopinathan menggantikan Conti yang cedera membuah hasil apabila sentuhan pertamanya yang memberi hantaran lintang kepada Alex mudah disempurnakan oleh penyerang Pahang itu.

Pahang mengukuhkan kedudukan apabila Dickson Nwakaeme menjadikan 2-0 apabila menyempurnakan penalti pada minit-minit akhir permainan. Sepakan penalti diberikan apabila R Gopinathan dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan PKNS membuatkan pengadil tidak teragak memberi sepakan penalti.

Keputusan lain dalam kumpulan D menyaksikan Pulau Pinang seri 3-3 dengan PDRM. Pahang akan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya pada Sabtu depan untuk perlawanan ketiga Kumpulan A.

Gambar kredit : FB Persatuan Bolasepak Negeri Pahang

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top