Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala Malaysia: Preview] Sedar ancaman PKNS

[Piala Malaysia: Preview] Sedar ancaman PKNS

PKNS FC
pix : selangorpknsfc.com

PKNS FC yang masih segar dengan kejutan ke atas Pulau Pinang di Stadium Bandaraya baru-baru ini ternyata ingin mengunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk terus mencipta 3 mata bagi melebarkan penguasaan serta mencerahkan laluan mencari tempat ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2015.

Ternyata situasi di pentas Piala Malaysia ini sememangnya berbeza buat kedua-dua buah pasukan apabila PKNS FC berjaya mencipta kemenangan 0-3 ke atas Pulau Pinang meskipun dalam saingan liga perdana mereka tewas 1-0 di Stadium Bandaraya tempoh hari. Sekiranya situasi ini diambil kira, Pahang ternyata perlu berhati-hati dengan ancaman ini agar kejutan yang besar tidak mampu dilakar pada perlawanan Sabtu ini apatah lagi kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu pada musim ini.

pix : selangorpknsfc.com
pix : selangorpknsfc.com

Pasti ada ramuan yang tersendiri yang “dicanai” oleh skuad E.Elavarasan ini sehingga mampu melakar kemenangan dengan margin gol yang agak selesa di gelanggang lawan. 2 gol pantas pada separuh masa pertama iaitu pada minit 17 ‘dan 18’ jelas menunjukkan kesungguhan strike force skuad Sang Semut Merah ini dalam mencipta kejutan seterusnya menghidupkan peluang mara ke peringkat seterusnya. Gandingan Patrick Ronaldinho dan Gabriel Miguel Guerra sekali lagi menjadi taruhan PKNS FC untuk merobek gawang Tok Gajah sambil dibantu oleh Pedro Henrique Olievera dan Mohd Nazrin Syamsulbahri yang turut mencetak nama selaku penjaring gol pembukaan buat PKNS bagi kempen Piala Malaysia musim ini.

Selain Patrick Ronaldinho yang bakal menjadi duri dalam daging buat benteng Tok Gajah, tumpuan pasti terarah buat pemain kelahiran Argentina iaitu Gabriel Miguel Guerra yang berjaya mencipta hattrick pada pertemuan bertemu Kuantan FA pada 19 Jun yang lalu di Kuantan. Benteng pertahanan PKNS FC turut diperkuatkan dengan tenaga import yang turut berasal dari Argentina iaitu Gonzolo Soto sambil dibantu oleh pemain berpengalaman, P.Gunalan.

PKNS FC menamatkan kempen liga apabila berada di kedudukan keempat dengan mengutip 41 mata dengan melakar 11 kemenangan, 8 seri dan 3 kekalahan. Pasukan ini turut merekodkan jumlah bolos yang agak sedikit iaitu kedua terbaik selepas pasukan Kedah dan merupakan antara pasukan yang banyak menjaringkan gol dengan meledak 41 gol.

Kali terakhir kedua-dua pasukan dipertemukan pada kempen Piala Malaysia adalah pada saingan suku akhir musim 2013 apabila menyaksikan Pahang menundukkan PKNS FC dengan agregat 3-5. Pada pertemuan suku akhir kedua di Shah Alam itu, Matias Conti dan Alex berjaya melebarkan margin gol seterusnya meranapkan impian PKNS FC untuk mencipta rekod mara ke saingan separuh akhir. Namun begitu, Mohd Khairu Azrin berjaya mencuri tumpuan pada perlawanan itu apabila sepakan derasnya dari jarak 35 meter berjaya menerjah gawang yang dikawal Khairul Azhan dan merupakan antara jaringan tercantik sepanjang kempen musim 2013.

Alex1
Hattrik Alex menambah keyakinannya untuk memberi yang terbaik.

Buat pasukan Pahang, sudut pandang positif ketika aksi Rabu lalu pada saingan Piala AFC bakal dijadikan azimat untuk terus menyinar dalam perlawanan kedua ini. Gandingan Alex dan Matthew Davies semakin matang dan diharap dimensi bell and whistle yang inovatif dan kreatif ini terus menghadirkan ancaman yang berbahaya buat strike force Pahang. Jaringan Hattrick yang berjaya dicipta oleh Alex pada pertemuan Sabtu lepas seolah-olah menghadirkan amaran awal buat pasukan lawan dan persembahan yang amat bertenaga yang ditunjukkan beliau pada perlawanan Rabu lalu menunjukkan beliau seakan kembali pada prestasi kemuncaknya dan diharap ada sesuatu yang positif bakal dicipta oleh beliau Sabtu ini. Penampilan Aziz Ismail dibenteng pertahanan adalah satu tindakan yang tepat pada masanya tatkala keadaan Razman Roslan yang masih belum 100% pulih dari kecederaan dan diharap beliau mampu mempamerkan persembahan yang mantap dalam membawa kesegaran pada benteng pertahanan yang agak rapuh sejak akhir-akhir ini.

Gandingan Hafiz Kamal dan Zesh Rehman yang membentuk enjin utama skuad diharap mampu terus bertahan tatkala pasukan kehilangan 2 tonggak tengah selepas Azidan Sarudin dan Nor Azam mengalami kecederaan yang serius dan perlu berehat panjang. Moga keputusan yang positif berjaya dicipta Sabtu ini sekaligus melebarkan cengkaman dalam kumpulan D ini sebelum beraksi bertemu Pulau Pinang yang turut diadakan di gelanggang lawan pada 26 September ini. Mampukah Sang Semut Merah mengigit Sang Gajah di Selayang? Pasti ada detik yang menarik bakal disajikan oleh kedua-dua buah pasukan ini.

Selamat berjuang!

Barisan kemungkinan (Ramalan tokgajah.com)

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top