Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala AFC 2015] Lihat sudut positif

[Piala AFC 2015] Lihat sudut positif

Pahang gagal mengikut jejak langkah JDT untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2015 apabila tewas secara agregat 3-5 kepada Istiklol FC pada pertemuan yang berlangsung malam tadi. Namun begitu, ada beberapa perkara yang positif yang boleh ditimba disebalik perjalanan yang agak berliku menempuhi kalendar kejuaraan diperingkat Asia ini.

23 vs SCAA

Selepas agak lama tidak muncul membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila kali terakhir beraksi di kejohanan ini pada tahun 2007, banyak peningkatan yang dapat ditunjukkan oleh pasukan Pahang sehingga menyaksikan skuad 2015 ini mampu mencipta rekod untuk mara ke peringkat suku akhir dan mampu untuk mencatatkan keputusan positif 3-1 pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi. Berbekalkan skuad yang sedia ada, semangat juang para pemain seharuslah dipuji tatkala bergelut untuk mempamerkan persembahan yang mantap samada untuk kejuaraan domestik mahupun antarabangsa.

1 Pahang vs Istiklol

Selepas kehilangan 2 tonggak dibahagian tengah pasukan, kelihatan gandingan Hafiz Kamal dan Zesh Rehman dianggap regular di dalam pasukan. Semangat juang yang ditunjukkan oleh gandingan ini sejak perlawanan terakhir liga super sehinggalah perlawanan malam tadi sememangnya perlu dihargai oleh peminat. Sumbangan 2 gol oleh Hafiz setidak-tidaknya membuktikan Pahang mampu bersaing dengan pasukan dari Asia Barat dan tidak sesekali memberi laluan mudah buat lawan untuk mara ke separuh akhir. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Zesh Rehman pada separuh masa pertama yang banyak membantu serangan dan sesekali kelihatan beliau sebaris dengan Conti dan Nwakame sambil tidak meninggalkan posisi hakikinya dibahagian tengah pasukan.

4 Pahang vs Istiklol

Ketepikan buat seketika insiden layangan kad merah pada lewat separuh masa pertama, ada beberapa perkara positif yang boleh diambil bagi menghadapi baki perlawanan Piala Malaysia nanti. Penglibatan 90 minit penjaga gol iaitu Nasril Nordin yang berjaya mempamerkan aksi yang bertenaga merupakan petanda positif buat pasukan setidak-tidaknya mampu memberikan cabaran buat penjaga gol utama, Khairul Azhan untuk kembali mempamerkan aksi yang menyakinkan.

Begitu juga peranan Aziz Ismail dibahagian pertahanan kiri yang berjaya mempamerkan pace dan work rate yang tinggi bagi menyerap asakan dari sebelah kanan pasukan lawan. Cuma peluang demi peluang harus diberikan agar pemain ini terus matang dan mampu untuk bertindak dengan lebih efektif dalam membantu serangan dibahagian kiri pasukan.

Gandingan Alex dan Matthew Davies seakan hampir sempurna dan menyaksikan beberapa kali Matthew tampil untuk mebantu serangan dengan mengumpan bola ke dalam d-box untuk mencipta jaringan. Gol ketiga oleh D Saarvindran juga diharap mampu meningkatkan motivasi beliau dalam mempamerkan aksi yang lebih baik seterusnya mencipta pilihan baru dibahagian sayap pasukan.

Kesimpulannya, pencapaian tahun ini tidaklah terlalu buruk dalam saingan Piala AFC ini namun usaha perlu dipertingkatkan agar peluang untuk kembali beraksi pada kejuaraan ini pada masa akan datang dapat dimanfaatkan untuk mencipta lebih banyak rekod baharu. Pengalaman beraksi sehingga peringkat suku akhir ini ternyata berharga dan harus dikenang agar menjadi suntikan semangat buat skuad di masa akan datang. Tahniah buat kesemua pemain dan pengurusan. Tahniah juga buat pasukan JDT yang merupakan wakil tunggal pasukan dari Asia Timur yang bakal bertemu juara bertahan, Qadsia SC (Kuwait) pada 29 September ini diperingkat separuh akhir.

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top