Anda di sini
Laman Utama > Berita > Ergashev lega agregat jadi penyelamat

Ergashev lega agregat jadi penyelamat

Ketua Jurulatih Istiklol FC Mubin Ergashev menyifatkan ‘away’ gol dari penyerangnya Khurshed Makhmudov telah membunuh semangat melawan anak-anak buah Zainal Abidin Hassan setelah mereka terikat dengan agregat 4-2 pada suatu ketika.

Menyatakan layangan kad merah kepada pertahanan Pahang Saifulnizam Miswan bukanlah faktor utama kerana Pahang tetap bertenaga menyerang kubu mereka walau bermain dengan 10 orang.

“Kami fikir kad merah tidak memberi kelebihan kepada kami. Tetapi gol yang kami jaringkan di sini telah membantu kami untuk melunturkan semangat mereka.

Kami sangat bersedia dengan perlawanan ini terutama dalam mengawasi pemain no 10, Dickson Nwakaeme. Barisan serangan kami juga tidak berkesan dan terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi kedudukan agregat menyelamatkan kami untuk layak ke separuh akhir”.

Ergashev juga mengakui kelincahan Dickson Nwakaeme banyak memberi masalah kepada pertahanannya sehingga satu ketika beliau mampu mengelecek dua tiga pemainnya dengan mudah.

“Keseluruhan pasukan Pahang bermain baik pada malam ini. Walaupun mereka bermain dengan 10 orang corak permainan mereka tidak berubah.

Masalah utama kami ialah tidak menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Bermain di padang rumput bukan masalah bagi kami cuma cuaca hujan menjejaskan keadaan padang membuatkan pemain kami sukar untuk mengawal bola”.

Istiklol FC akan menentang pasukan dari negara Kuwait iaitu Kuwait SC dalam peringkat separuh akhir. Mereka akan berkunjung ke negara teluk itu terlebih dahulu pada 30 September sebelum bermain di tempat sendiri pada 21 Oktober nanti. Kuwait SC menewaskan Kitchee FC dari Hong Kong dengan agregat 7-1.

 

 

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: