Anda di sini
Laman Utama > Berita > Perjuangan Pahang terhenti di suku akhir

Perjuangan Pahang terhenti di suku akhir

Pahang gagal mengikuti jejak JDT mara ke separuh akhir Piala AFC apabila tewas secara argregat 3-5 kepada Istiklol FC sebentar tadi.

Walaupun menang dengan keputusan 3-1 itu belum mencukupi bagi Pahang mengejar defisit 4 gol pada perlawanan pertama di Tajikistan bulan lepas.

Pahang mengasak Istiklol dari seawal minit pertama dengan dua peluang keemasan melalui Alex dan Conti namum gagal menemui jaringan.

Usaha mereka berhasil apabila Hafiz Kamal menanduk masuk gol pertama dari hantaran lintang Surendran menewaskan penjaga gol Istiklol Stosic Nikola.

Masuk minit-minit akhir permainan separuh masa pertama, Pahang terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Saifulnizam Miswan dilayangkan kad merah setelah mengasari Fathiloev Fathullo.

Bersambung babak kedua, Pahang menggandakan asakan dan berjaya menjaringkan gol kedua sekali lagi melalui Hafiz Kamal yang mudah menyudahkan hantaran hasil usaha Dickson Nwakaeme setelah berjaya mengelecek 3 orang pertahanan Istiklol.

Pada minit ke 60, Mamudov mematikan sisa perjuangan Pahang apabila menjarakkan argregat kepada 5-2.

Pahang mendapat gol saguhati pada minit akhir permainan melalui D Saarvindran tetapi gol itu tidak membantu Pahang untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Keputusan ini bermakna hanya JDT menjadi wakil Malaysia di baki saingan Piala AFC.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top