Anda di sini

Juara bertahan, Pahang memulakan misi mempertahankan kejuaraan dengan bergaya apabila menewaskan PDRM 4-3 dalam perlawanan pertama saingan kumpulan D TM Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.Azamuddin Akil yang kembali bertugas sebagai penyerang meletakkan Pahang di hadapan seawal minit ke 3 apabila merembat kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol PDRM Badrulzaman.

Dramane Traore bagaimanapun menyamakan kedudukan buat PDRM pada minit ke 12 untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Azamuddin kembali meletakkan Pahang dihadapan apabila menyudahkan tandukan Zesh Rehman hasil sepakan sudut R Gopinathan pada minit ke 35.

Azamuddin akhirnya melengkapkan hatrik pada minit ke 66 apabila merembat kencang dari dalam kotak penalti berpunca sepakan sudut Hafiz Kamal.

Ashfaq Ali merapatkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua PDRM ekoran keadaan kelam kabut didepan pintu gol Pahang juga hasil tendangan sudut.

PDRM akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke 75 hasil sepakan percuma cantik Jaime Celestino Dias Braganca.

Dickson Nwakame yang baru masuk kembali meletakkan Pahang dihadapan apabila menjaringkan gol keempat Pahang hanya melalui sentuhan pertamanya pada minit ke 80.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan. Pahang akan menentang PKNS FC Sabtu depan di Selayang untuk perlawanan kedua sejurus menentang Istiklol FC di Stadium Darul Makmur Rabu ini.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top