Anda di sini
Laman Utama > Dari Luar Stadium > SELAMAT HARI MALAYSIA!

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Gadis Pahang jalan bersantun,

Wajah cantik luar biasa,

16 September setiap tahun;

Kita sambut Hari Malaysia.

 

Sedak sungguh makan Pengat,

Mertua lalu tidak perasan,

Merah menyala tanda semangat;

Bunga Raya bunga Kebangsaan.

 

Main Bolo mesti nok menang,

Main sampai jadi Juara

Walau apa keadaan mendatang;

Kita perlu sayang Negara.

 

Mathias Conti garu kepala,

Sepok penalti kena palang,

Adab sopan duduk bersila;

Bendera Malaysia Jalur Gemilang.

 

Maroh ke pengadil kena kad merah,

Ia memang tindakan sesia,

Ini tempat tumpahnya Darah;

Tanah Melayu dulu sekarang Malaysia.

 

Nukilan : Mohd Hazri aka MaranDona

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top