Anda di sini
Laman Utama > Berita > Perjuangan belum tamat – ZAH

Perjuangan belum tamat – ZAH

Pasukan Pahang tetap menurunkan kesebelasan terbaiknya walaupun sedar tugas sukar bakal menanti untuk menterbalikkan kelebihan defisit gol yang besar semasa melayan pasukan Istiklol FC dari Tajikistan dalam perlawanan suku akhir Piala AFC yang akan berlangsung pada malam esok di Stadium Darulmakmur lapor Koresponden TGC Anuar Yahya.

Walau menyedari agak sukar untuk mendapatkan 4 gol sekurang-kurang pada malam ini dan pada yang sama  perlu mempertahankan gawang dari dibolosi, Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan mengganggap perkara itu boleh dicapai jika pemain mengekalkan disiplin, komitmen dan fokus dalam perlawanan ini.

Baginya segalanya boleh berlaku dalam bolasepak dan bermain di tempat sendiri juga menjadi kelebihan pada pasukan Pahang dengan sokongan yang padu dari penyokong sendiri.

“Saya melihat pasukan Istiklol sememangnya pasukan yang baik. Tetapi, itu yang saya lihat semasa mereka bermain di atas rumput tiruan. Saya masih belum mengetahui kekuatan mereka bermain di atas padang rumput sebenar dan kita patut guna kelebihan tersebut kerana kita bermain di padang kita sendiri.

Mereka mempunyai beberapa pemain yang menjadi duri dalam daging pada pasukan lawan dan kami sudah mengambil maklum sedikit sebanyak senjata mereka dan kita akan awasi kesemua pemain yang memberi kebaikan pasukan lawan.

Dalam perlawanan sebelum ini, banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan seperti faktor padang, perjalanan jauh dan juga kekecewaan gagal merampas Liga Super. Tetapi kali ini situasi berlainan dan  berharap pemain dapat melakukan sesuatu.”

Sementara itu, Ketua Pasukan Pahang Razman Roslan pula mahu memperkukuhkan gandingan pertahanan mereka setelah menyedari ianya semakin rapuh dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Beliau juga berazam mahukan mencatatkan kemenangan tanpa mengira samada Pahang mampu layak atau tidak ke separuh akhir kerana kemenangan boleh menaikkan moral pemain dan juga penyokong dalam menghadapi Piala Malaysia.  Selain itu, kemenangan juga boleh membuktikan Pahang mampu memberi saingan dalam peringkat Asia.

“Saya mahukan keputusan yang baik walaupun agak mustahil di atas kertas. Untuk itu kami perlu berusaha dan  menagih komitmen lebih dari 100% rakan-rakan seperjuangan.

Kita perlu memperkemaskan barisan pertahanan dan jangan biarkan pintu gol dari dibolosi sambil memburu gol secepat mungkin supaya kita boleh kembali memberi persaingan kepada pasukan lawan.

Apabila beraksi di laman sendiri saya mengharap sokongan dari penyokong untuk menaikkan moral para pemain. Untuk itu, saya menyeru penyokong untuk hadir dan membri suntikan semangat kepada kami.”

Pahang akan menentang Istiklol FC dalam perlawanan suku akhir Piala AFC pada malam esok yang akan berlangsung di Stadium Darulmakmur, Kuantan. Peminat juga boleh mengikutinya secara langsung di TV9 ataupun di saluran FoxSports

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

2 thoughts on “Perjuangan belum tamat – ZAH

  1. kami sebagai penyokong pasukan pahang sentiasa yakin dgn kemampuan player dan coach. cuma diharapkan pertahanan pasukan lebih fokus.stay cool, stay focus!!!

Leave a Reply

Top