Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kami tiada tekanan – Mubin Argrasev

Kami tiada tekanan – Mubin Argrasev

Ketua Jurulatih Istiklol FC, Mubin Argrasev menegaskan mereka tiada tekanan menghadapi Pahang menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala AFC di Stadium Darulmakmur pada Rabu lapor Koresponden TGC Anuar Yahya.

Bagi Agrasev, para pemainnya sudah bersedia sepenuhnya dan menjangkakan perlawanan akan menjadi sukar kerana Pahang pasti mahu memburu gol selain faktor jumlah penonton sendiri yang pasti akan menaikkan semangat pasukan tuan rumah.

“Pemain dalam keadaan kondisi yang baik walau menempuh perjalanan yang panjang cuma mereka mengadu tentang hotel penginapan yang tidak selesa dan padang latihan yang agak jauh dari hotel. Tetapi kami yakin perkara ini akan dapat diatasi oleh pihak pengurusan.

Untuk perlawanan ini, kami lebih bimbangkan pemain import Pahang Dickson Nwakaeme kerana kurang mendapat info tentang beliau. Pada perlawanan pertama di tempat kami beliau tidak bermain dan kami hanya menonton video tentang pemainan beliau dan jika dari video yang kami tonton gandingannya bersama seorang lagi rakan penyerangnya dari Argentina iaitu Matias Conti agak merbahaya dan itu yang kami perlu ambil perhatian esok.”

Istiklol FC sebuah kelab dari Tajikistan menang dalam pertemuan pertama yang berlangsung 26 Ogos yang lalu di Dushanbe dengan jaringan 4-0. Seperti Pahang mereka juga sedang bercita-cita untuk mencipta sejarah sebagai kelab pertama negaranya layak ke Separuh Akhir Piala AFC.

 

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top