Anda di sini
Laman Utama > Berita > Perlawanan ditunda jika jerebu bertambah buruk – Afandi

Perlawanan ditunda jika jerebu bertambah buruk – Afandi

PETALING JAYA 27 October 2014. Deputy president of FAM, Datuk Afandi Hamzah at a press conference on the upcoming Malaysia Cup held at Wisma FAM. NSTP/Goh Thean Howe
Datuk Afandi Hamzah – gambar – NSTP/Goh Thean Howe

Perlawanan Piala Malaysia 2015 akan ditunda jika keadaan jerebu yang melanda negara sekarang menjadi bertambah buruk umum Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Afandi Hamzah sebentar tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata pengiraan IPU di setiap venue perlawanan akan menjadi penentu dengan bacaan 150 dan ke atas membolehkan Pesuruhjaya Perlawanan membuat keputusan untuk menunda perlawanan tersebut.

 “Kita akan memantau bacaan IPU setiap sejam iaitu sebelum dan semasa perlawanan berlangsung.
Setelah berbincang banyak perkara pada mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, sebentar tadi dan turut mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan berkaitan isu jerebu ini, kami telah membuat ketetapan bahawa mana-mana perlawanan Piala Malaysia 2015 yang bacaan IPU di venue berkenaan melebihi 150, pesuruhjaya perlawanan akan mengadakan perbincangan untuk menentukan status perlawanan  tersebut sama ada ditunda atau sebagainya.
Jika ada penundaan, kita akan mengikut peraturan yang digunapakai untuk menentukan tarikh baharu perlawanan terlibat yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM. Kita terpaksa membuat ketetapan hanya pada hari perlawanan kerana jerebu tidak boleh dijangka. Bacaan IPU sentiasa berubah setiap hari,”
Pahang akan bertemu PKNS pada hari Sabtu ini di Stadium Selayang dalam perlawanan kedua Piala Malaysia setelah mengutip mata penuh pada perlawanan pertama Sabtu lepas.
IPU Reading
Bacaan IPU boleh dipantau setiap jam di laman web khas Jabatan Alam Sekitar (klik di sini). Untuk rekod bacaan IPU di Kuala Lumpur dimana venue seterusnya Pahang ialah 175 sehingga berita ini ditulis. Bacaan dijangka meningkat setiap hari.
mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top