Anda di sini
Laman Utama > Berita > Alex rakam hatrik, Nwakaeme penyelamat

Alex rakam hatrik, Nwakaeme penyelamat

Juara bertahan, Pahang memulakan misi mempertahankan kejuaraan dengan bergaya apabila menewaskan PDRM 4-3 dalam perlawanan pertama saingan kumpulan D TM Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Azamuddin Akil yang kembali ‘bertugas’ ke posisi asal sebagai penyerang meletakkan Pahang di hadapan seawal minit ke 3 apabila merembat kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol PDRM Badrulzaman.

Dramane Traore bagaimanapun mendiamkan penyokong Pahang apabila menyamakan kedudukan buat PDRM pada minit ke 12 untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Stadium Darulmakmur kembali gamat setelah Azamuddin kembali meletakkan Pahang dihadapan apabila menyudahkan tandukan Zesh Rehman hasil sepakan sudut R Gopinathan pada minit ke 35. Separuh masa pertama tamat dengan Pahang mendahului PDRM 2-1.

Azamuddin akhirnya melengkapkan hatrik pada minit ke 66 apabila merembat kencang dari dalam kotak penalti berpunca sepakan sudut Hafiz Kamal.

Ashfaq Ali merapatkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua PDRM ekoran keadaan kelam kabut di depan pintu gol Pahang setelah memperolehi tendangan sudut.

Pahang tersentak apabila PDRM akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke 75 hasil sepakan percuma cantik Jaime Celestino Dias Braganca.

Dickson Nwakame yang bermula di bangku simpanan kembali meletakkan Pahang dihadapan apabila menjaringkan gol keempat Pahang melalui sentuhan pertamanya pada minit ke 80.

Kedudukan kekal Pahang menang 4-3 sehingga tamat perlawanan. Pahang akan menentang PKNS FC Sabtu depan di Selayang untuk perlawanan kedua selepas menentang Istiklol FC dalam Piala AFC di Stadium Darul Makmur Rabu ini.

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: