Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Piala Malaysia] Preview: Pahang vs PDRM

[Piala Malaysia] Preview: Pahang vs PDRM

PM15Sepak mula bagi kejuaraan piala yang paling berprestij di Malaysia akan membuka tirainya minggu ini dan Pahang bakal turun berbekalkan reputasi selaku juara bertahan ternyata ingin mencipta kejutan untuk mengulangi satu lagi pencapaian terbaik (hattrick) yang pernah dicipta oleh pasukan Selangor, Singapura dan Kuala Lumpur satu ketika dahulu. Untuk rekod, kali terakhir pasukan yang berjaya memenangi kejuaraan sebanyak tiga kali berturut-turut ialah Selangor iaitu pada tahun 1995,1996 dan 1997 iaitu sekitar 18 tahun yang lalu.

Berbekalkan harapan yang sama, Pahang akan melayani kunjungan PDRM Sabtu ini dalam misi untuk mencipta kemenangan bagi mencari slot 2 pasukan terbaik Kumpulan D. Namun begitu, pasukan yang bakal ditentang Sabtu ini turut mempunyai misi yang sama untuk mencipta kemenangan demi kemenangan seterusnya memperbaiki pencapaian terbaik musim lalu apabila berjaya melepasi peringkat suku akhir.

Jaringan kemenangan oleh Fauzi Roslan pada minit-minit akhir pada pertemuan suku akhir kedua di Shah Alam musim lalu ternyata ingin ditebus oleh anak buah Fauzi Pilus seterusnya memperbaiki rekod pertemuan musim ini apabila tewas 3-5 di Shah Alam dan 1-0 di Kuantan pada saingan liga super musim ini.

Pahang vs PDRM
Perlawanan Pahang vs PDRM dalam suku akhir Piala Malaysia 2014
ashfaq
Ali Ashfaq

Gandingan Ali Ashfaq dan Dramanoe Traore sekali lagi menjadi taruhan PDRM bagi merobek gawang Tok Gajah yang  dilihat semakin ampuh sejak kebelakangan ini. Berbekalkan reputasi selaku penjaring terbanyak liga super musim 2015, Traore kelihatan begitu serasi bersama Ali Ashfaq yang turut mencipta nama sebagai antara penjaring terbanyak liga perdana 2014 sambil dibantu oleh kelincahan Mamadou Sumareh dibarisan flank pasukan PDRM ini. Mampukah benteng pertahanan menyerap asakan gandingan penyerang yang berlabel ‘the goal machine’ ini?

PDRM yang kelihatan terumbang-ambing pada suatu ketika di saingan Liga Super namun tetap mampu memperbaiki kedudukan liga dan berjaya menamatkan kempen liga di tangga ke 6.

AFI_5210
Davies bermain baik untuk caps antarabangsa pertamanya

Disebalik keampuhan benteng pertahanan Pahang sejak akhir-akhir ini, aksi yang memukau trio pemain Pahang pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 bertemu Arab Saudi baru-baru ini ternyata melegakan peminat setia Tok Gajah dan diharap pencapaian terbaik itu dikekalkan pada pertemuan Sabtu ini. Disiplin bertahan yang baik ditunjukkan oleh Razman Roslan, Alex dan Matthew Davies wajar diberi pujian terutamanya  Davies yang berjaya menyakinkan pemerhati bola sepak tanah air pada penampilan pertamanya di pentas antarabangsa bersama skuad senior.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top