Anda di sini
Laman Utama > Admin > SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 58!

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 58!

MALAYSIA MERDEKA

Indah sungguh bunga seri pagi
Disimbah mentari kembanglah ia
Terasa bertuah diri ini
Karna dilahirkan di bumi Malaysia

Tersusun tari lemah gemalai
Mengikut irama chuk chuk kendung
Bumi Malaysia aman dan damai
Sehingga menggamit ramai pelancung

Lincah si gadis menganyam ketupat
Bersama rendang enak dicicah
Merdeka negara lebih setengah abad
Minda dan tingkahlaku masih terjajah

Megah mentari memayungi bumi
Tumbuh tumbuhan hijau melata
Sumber rezki kepada insan
Wahai generasi masa kini
Usah hanya sambut merdeka
Hayati jua sejarah kemerdekaan

Manis dara berbaju kebaya
Keronsang emas menjadi hiasan
Kepada semua rakyat Malaysia
Salam merdeka hamba hulurkan

Karya: Mamahaikal

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top