Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Piala Malaysia edisi ke 89: Antara prestij, legasi & tradisi

Piala Malaysia edisi ke 89: Antara prestij, legasi & tradisi

Pentas aksi Piala Malaysia bakal membuka tirainya pada 11 September ini dimana 16 buah pasukan akan membuat perhitungan untuk meraih kejuaraan paling berprestij dalam kalangan kejuaraan bola sepak tanah air. Manakan tidak, sejak dipertandingkan sekitar tahun 1921 dan dikenali sebagai Piala Malaya sebelum ditukar kepada Piala HMS Malaya dan kini Piala Malaysia, pelbagai nostalgia dipertontonkan lantas membawa kejuaraan ini kepada satu aras yang tersendiri dalam kalangan pasukan yang bertanding.

undian_piala_malaysia

Undian bagi menentukan 4 buah kumpulan bagi merebut kejuaraan ini telah diadakan pada 27 Ogos lalu di Hotel Hilton ,Petaling Jaya dan telah menyaksikan pelbagai bentuk reaksi dari pemerhati bola sepak tanah air untuk mencari jawapan pasukan manakah yang akan dinobatkan selaku juara TM Piala Malaysia 2015.

Kump A PM15-01

Kumpulan A menemukan 2 buah pasukan dari Liga Super dan 2 pasukan dari Liga Perdana di mana tumpuan lebih ke arah pasukan yang menduduki tangga ke empat Liga Super iaitu Terengganu dan juara Piala FA 2015, Lions XII. Terengganu yang meningkat prestasinya setelah dibawah bimbingan Haji Ahmad Yusof pasti menjadi pilihan manakala Lions XII pasti akan menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri berbekalkan reputasi yang gah di Stadium Jalan Besar.

Namun begitu, saingan kumpulan ini menjadi lebih mencabar dek kehadiran Juara Liga Perdana iaitu Kedah sambil tidak memandang rendah keupayaan pasukan JDT 2 yang turut mendapat tempat melalui persaingan play-off.

Kump B PM15-01

Kumpulan B turut menyaksikan satu pertempuran sengit melibatkan kesemua pasukan dari Liga Super dan tumpuan sudah pasti terarah kepada Johan Liga Super iaitu JDT 1 dan pasukan yang menduduki tangga ke 8 liga iaitu Perak.

Walaupun begitu penampilan 2 lagi pasukan iaitu ATM (layak secara play-off) dan Sarawak dalam kumpulan ini tidak boleh diperlekehkan sama sekali walaupun mereka berada di dasar liga kerana saingan kejuaraan ini telah membuktikan seribu kejutan dan telah dibuktikan pada edisi-edisi lalu.

Kump C PM15-01

Selangor yang masih ingin memburu kejuaraan buat kali ke 33 di lihat berada dalam kelompok kumpulan yang dianggap sebagai ‘group of death’ bagi saingan kali ini bersama Felda United, Kelantan dan T-Team.  Saingan bagi kumpulan ini dianggap sengit kerana menempatkan pencabar utama iaitu Felda United yang berjaya mencipta kejutan menewaskan JDT pada perlawanan terakhir liga serta mampu mengikat Pahang di gelanggang lawan.

Namun begitu, Kelantan di bawah penggendali baru pasukan sudah pasti ingin mencipta kejutan sambil T-Team di lihat mampu untuk bergelar “the giant killer” dan ingin membuktikan sesuatu untuk mengubat kekecewaan gagal ke saingan Liga Super pada tahun hadapan.

Kump D PM15-01

Kumpulan D pula menemukan juara bertahan kejohanan ini iaitu Pahang bersama PDRM, PKNS dan Pulau Pinang. Dengan Pulau Pinang yang masih segar dengan pencapaiannya kembali ke Liga Super pada tahun depan pasti memberi saingan sengit walaupun agak terumbang ambing di pertengahan saingan liga.

Bergelar sebagai juara bertahan pula ternyata memberi tekanan yang tinggi buat Pahang untuk mencari gelaran ‘hattrick’ setelah memenangi Piala ini pada 2 tahun berturut-turut iaitu 2013 dan 2014. Apa yang pasti tugas dan cita-cita ini bukanlah satu misi yang mudah di kala melihat kepada prestasi pasukan Pahang ketika ini.

Peluang sama rata

Secara kesimpulannya, saingan buat 16 buah pasukan tampak terbuka dan ini bersesuaian dengan penceritaan Piala Malaysia itu sendiri yang sarat dengan prestij, tradisi dan legasi. Di antaranya, mampukah pasukan berstatus kelab mengikut legasi yang ditinggalkan pasukan Selangor MPPJ yang menjuarai kejohanan ini pada tahun 2003 yang lalu? Pasti ini suatu perkara yang menarik untuk disaksikan.

Selamat berjuang buat kesemua pasukan. Moga saingan edisi ini lebih baik dan bebas dari sebarang unsur negatif samada di dalam mahupun di luar padang.

raikan

#teruspositif

 


 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top