Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala AFC] Asia barat “takluk” saingan suku akhir pertama

[Piala AFC] Asia barat “takluk” saingan suku akhir pertama

Pasukan dari negara Asia Barat melaungkan amaran awal betapa mereka akan terus memberi cabaran untuk bergelar juara piala AFC 2015 selepas aksi yang menyakinkan pada pertemuan suku akhir pertama semalam. Berpandukan keputusan yang berjaya dicatatkan semalam, 3 pasukan dari ‘region’ ini berjaya meletakkan kelebihan awal untuk ke saingan separuh akhir yang dijadualkan pada penghujung September ini.

Kemenangan 3-0 Qadsia SC (juara bertahan kejohanan) ke atas pencabar dari negara Syria iaitu Al Jaish serta kemenangan bergaya Kuwait SC 6-0 ke atas Kitchee (semi-finalist musim lalu) jelas menunjukkan penguasaan pasukan dari negara ini. Untuk makluman, kedua-dua pasukan ini adalah dari negara Kuwait dan mereka berpeluang untuk bertemu di pentas akhir sekiranya kedua-dua pasukan ini terus unggul dalam perlawanan selepas ini.

Satu lagi pencabar dari Asia Barat iaitu, Istiklol FC turut tidak mahu terlepas peluang untuk beraksi di peringkat separuh akhir apabila berjaya menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk menewaskan pasukan Pahang 4-0 semalam. Aksi yang memukau dengan gerakan hantaran pendek serta mampu menguasai possession adalah senjata utama mereka mampu merobek gawang Pahang biarpun pasukan pelawat dilihat lebih gemar untuk mengamalkan corak permainan bertahan.

Keputusan 4-0 sedikit sebanyak menyulitkan laluan Pahang untuk mencipta sejarah mara ke separuh akhir apabila gagal memiliki kelebihan gol ditempat lawan. Walaubagaimanapun, perlawanan yang masih berbaki 90 minit di Kuantan perlu digunakan sebaik mungkin untuk mencipta kebangkitan. Untuk makluman, pemenang perlawanan ini akan bertemu di antara pemenang perlawanan melibatkan pasukan Kuwait SC dan Kitchee nanti.

Selain itu juga, satu lagi wakil dari Malaysia, JDT masih berpeluang untuk mara ke separuh akhir walaupun kelebihan itu dipadam oleh jaringan (away goal) South China pada aksi di Larkin kelmarin. Kesungguhan dan komitmen pemain adalah dituntut untuk melakar keputusan positif di Hong Kong nanti untuk bertemu pemenang perlawanan antara Qadsia SC dan Al-Jaish pada peringkat separuh akhir nanti.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top