Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala AFC]Pahang mahu keputusan positif

[Piala AFC]Pahang mahu keputusan positif

Pasukan Pahang mengharap keputusan yang positif dapat dicapai oleh mereka semasa kunjungan ke Dushanbe, Tajikistan bagi menghadapi Istiklol FC dalam suku akhir Piala AFC pada malam ini.

Mengakui pasukan lawan adalah satu pasukan yang ‘misteri,  Ketua Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan tetap menghormati Istiklol kerana reputasi mereka di peringkat domestik.

“Saya mempunyai maklumat yang sikit tentang Istiklol kerana sebelum ini tiada pasukan dari Malaysia yang pernah menghadapi pasukan dari negara Asia Tengah. Namun saya dah melihat video-video perlawanan mereka dan apa yang boleh saya katakan pasukan ini gemar mengamalkan corak menyerang dan jika mendapat keputusan seri sudah memadai bagi kami”.

Baru sahaja selesai setelah menghadapi jadual perlawanan yang padat di peringkat domestik yang menyaksikan Pahang gagal merampas kejuaraan Liga Super dari satu lagi pasukan yang bermain di Piala AFC iaitu JDT, Zainal mengakui tugasan di Dushanbe bakal mencabar fizikal dan mental pemainnya.

“Pemain saya kelihatan penat setelah mengharungi perlawanan liga dan mereka terpaksa mengambil penerbangan yang panjang hanya setelah 10 jam menyelesaikan perlawanan terakhir mereka. Ini pengorbanan yang mereka lakukan untuk kelab, negara dan yang paling penting untuk peminat kami di Malaysia. Saya harap mereka boleh cergas untuk perlawanan esok”.

Perlawanan suku akhir Piala AFC bakal dilangsungkan di Stadium Central Republikan, Dusanbe Tajikistan bermula jam 11 malam. Siaran langsung di TV9 dan FoxSports.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top