Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Liga Super: Preview] Terengganu vs Pahang

[Liga Super: Preview] Terengganu vs Pahang

Menyedari betapa hanya 3 mata mampu mencerahkan laluan pasukan untuk muncul juara liga super musim ini, Pahang bakal turun ke Kuala Terengganu berbekalkan skuad utama seharusnya menjadikan perlawanan terakhir ini medan untuk menebus kesilapan pada 2 perlawanan sebelum ini. Beberapa hari kebelakangan ini, ternyata menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat setia Tok Gajah mengenai peluang pasukan kesayangan mereka untuk merampas kejuaraan dari Harimau Selatan pada Sabtu ini. Ada yang berhenti berharap dan ada yang masih percaya akan peluang Pahang untuk menamatkan penantian 11 tahun ini. Inilah bolasepak, selagi saingan belum berakhir, usaha dan harapan perlu seiring agar kelangsungan objektif dan matlamat untuk bergelar juara bakal terlaksana nanti.

mat-yo
Matyo tidak beraksi kerana kecederaan.

Namun begitu, bagi merealisasikan misi ini, Pahang perlu mencipta kejutan di gelanggang lawan sambil mengharapkan keputusan yang positif buat Pahang di Selayang nanti. Terengganu yang masih segar dengan kemenangan tipis ke atas PDRM 1-0 hasil jaringan Issey Nakajima ternyata ingin memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri sambil mempunyai peluang untuk menamatkan saingan liga di tangga ke 3 musim ini. Menyedari akan peluang yang terbaik ini, semestinya anak buah Ahmad Yusof tidak akan memberi laluan mudah buat Tok Gajah dan akan turun habis-habisan bagi memperbaiki kedudukan liga berbanding musim lalu. Walaubagaimanapun, skuad Terengganu bakal beraksi tanpa 2 pemain utamanya apabila Nor Shahrul Idlan Talaha dilanda kecederaan dan Ismail Faruqi digantung satu perlawanan sekaligus bakal memberi kesan buat strike force pasukan ini.

Buat pasukan Pahang yang terlepas untuk menyenaraikan skuad utama bagi 2 saingan lepas bakal menurunkan skuad utama di mana Saiful Nizam Miswan bakal kembali ke posisi bek kiri sambil Azzamuddin Akil akan terus berada di posisi sayap kanan selepas menunjukkan aksi yang bertenaga dan mempamerkan pace dan work rate yang tinggi pada perlawanan di Kuantan Rabu lalu. Gandingan Alex dan Matthew Davies sekali lagi ditagih untuk membuka peluang buat Nwakaeme dan Conti untuk mencipta jaringan nanti. Deretan peluang yang terhidang perlu dimanfaatkan sambil tidak membuka ruang yang agak besar di bahagian tengah adalah fokus yang perlu diberikan penekanan agar misi di Kuala Terengganu menjadi kenyataan.

59 vs Terengganu

Untuk rekod, pertemuan pertama pada 2 Mei yang lalu berjaya dimenangi Pahang dengan keputusan 3-2 ,namun keputusan bagi saingan liga super musim 2014 ternyata tidak memihak Pahang apabila tewas kedua-dua perlawanan di Kuantan (1-4) dan di Kuala Terengganu dengan jaringan 2-0.

Apapun keputusan pada Sabtu ini, pasukan Pahang dan seluruh penyokongnya perlu berasa bangga kerana berada pada kedudukan terbaik berbanding musim lalu dan kini diberikan perhatian oleh pemerhati bola sepak sejak kebelakangan ini selepas berjaya mencipta kebangkitan dalam arena bola sepak tanah air sejak 2013 dan kini bakal mencipta sejarah pada peringkat antarabangsa bagi saingan Piala AFC pula.

Ayuh buat para pemain dan penyokong setia Tok Gajah, perspektif sang juara yang percaya akan kemampuan diri sendiri untuk berjaya walaupun tidak dibekalkan harapan perlu ada dalam minda kita dikala ini. Sudah menjadi adat orang berjuang, pasti menempuh getir dan laluan berliku, habiskanlah perjuanganmu walau dilanda gelombang kerana ia lebih mulia dari menoleh kebelakang dan berputus asa. Moga 3 mata milik kita dan penantian 11 tahun bakal berakhir 22 Ogos ini.

#teruspositif

Barisan kemungkinan TGC

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top