Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [MPL]Zulhamizan mahu pemain kekal fokus

[MPL]Zulhamizan mahu pemain kekal fokus

Ketua Penolong Jurulatih Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria mahu pemain-pemainnya kekal fokus untuk perlawanan terakhir Liga Perdana menentang T-Team di Kuantan Jumaat ini.

Beliau yang ditemui mahu para pemain tidak terlalu memikirkan keputusan perlawanan lain sebaliknya menuntut mereka berusaha sendiri dengan memberikan persembahan terbaik mereka sepanjang musim dalam perjuangan untuk terus kekal di Liga Perdana pada musim hadapan.

Zulhamizan juga gembira dengan perubahan sikap dan motivasi pemainnya ketika ini berbanding ketika mula-mula beliau mengambil alih selaku jurulatih pasukan dari Aminuddin Hussin.

Kuantan kini berada di tempat kedua tercorot dengan mengumpul 18 mata dengan 5 kemenangan dan 3 seri. Saingan terdekat ialah Kuala Lumpur yang juga mengumpul jumlah mata yang sama. Kedua-dua pasukan ini hanya terpisah dengan perbezaan jaringan 2 gol.

Hanya kemenangan akan menjamin tempat untuk Kuantan FA dalam Liga Perdana tahun hadapan dengan mengharap Kuala Lumpur akan tewas atau seri dalam aksi terakhir mereka. The Cityboys akan menentang Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top