Anda di sini
Laman Utama > Berita > Razman & Matthew dipanggil ke skuad kebangsaan

Razman & Matthew dipanggil ke skuad kebangsaan

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh memanggil 4 pemain Pahang untuk persedian menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019. Mereka adalah antara 26 pemain yang lain yang turut terpilih.

Pemain tersebut ialah :

  1. Khairul Azhan bin Khalid – Penjaga gol
  2. Mohd Azammuddin Mohd Akil – Tengah
  3. Razman Roslan – Pertahanan
  4. Matthew Davies – Pertahanan

22 pemain diarahkan untuk melaporkan diri di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada hari Ahad ini, 23 Ogos 2015 kecuali pemain dari Johor Darul Takzim yang dibenarkan melapor diri pada 26 Ogos 2015 (Rabu) kerana terlibat dalam perlawanan suku akhir Piala AFC.

Pemain Pahang pula diarahkan untuk melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih sebaik sahaja tiba dari Dushambee, Tajiskistan iaitu pada 29 Ogos 2015 kerana juga terlibat dalam suku akhir Piala AFC menentang kelab dari negara itu Istiklol FC.

Panggilan ini adalah sebagai persediaan untuk perlawanan persahabatan menentang Bangladesh pada 28 Ogos di Stadium Shah Alam dan dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu UAE di Abu Dhabi pada 3 September dan menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 September 2015.

Kredit foto : NSTP

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top