Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL] Pahang cicir mata berharga

[MSL] Pahang cicir mata berharga

Pahang mensia-siakan peluang untuk mengulangi sejarah muncul juara Liga Super 2004 apabila hanya mampu seri 2-2 dengan Felda United di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.
Pahang hampir memecah kebuntuan seawal minit pertama apabila hantaran lintang Azamuddin Akil ditanduk kemas Matias Conti namun sekadar menggegar palang gol Felda United.

Serangan Pahang selepas itu kelihatan lebih tersusun dengan asakan bertali arus namun kegopohan barisan hadapan Pahang mengecewakan 11,500 penyokong mereka.

Dickson Nwakame akhirnya meletakkan Pahang dihadapan pada minit ke 49 apabila menyudahkan gerakan solonya dari tengah padang.

Kelekaan Pahang menambah jaringan akhirnya dihukum Fernandes Thigo Augusto yang menanduk masuk bola sepakan penjuru pada minit ke 63.

Augusto sekali lagi menanduk masuk untuk gol kedua Felda United pada minit ke 71 untuk membolehkan Felda United mendahului 2-1.

Damion Stewart kembali menyalakan harapan apabila menyamakan kedudukan pada minit ke 79 dengan menanduk masuk sepakan sudut Hafiz Kamal.

Kedudukan kekal 2-2 hingga tamat perlawanan. Pahang bakal bertandang ke Gong Badak Sabtu ini dalam perlawanan terakhir liga musim ini.

Leave a Reply

Top