Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [MPL]The SeaGull hidupkan harapan

[MPL]The SeaGull hidupkan harapan

Kuantan FA menghidupkan sisa-sisa harapan untuk kekal di Liga Perdana tahun hadapan apabila menewaskan saingan terdekat Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Merdeka petang semalam lapor koresponden Azli Halim.

Sedar hanya kemenangan yang menjamin tempat ke Liga Perdana, anak-anak buah Zulhamizan Zakaria mengasak kubu Kuala Lumpur sebaik sahaja wisel permulaan ditiup oleh pengadil Khairul Rizal bin Ismail.

Hazwan Fakhrullah melegakan kem Kuantan FA apabila meledakkan gol pertama melalui tandukan pada minit ke 11 setelah mendapat hantaran lintang dari Malik Arif. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kuala Lumpur menukar rentak permainan dengan mengamalkan permainan yang lebih tersusun dan kemas. Walaupun begitu, pertahanan Kuantan FA masih berjaya mengekang serangan tersebut walau permainan agak sedikit terganggu kerana hujan lebat turun membasahi bandar Kuala Lumpur.

Kuantan FA sepatut menambah jaringan melalui Milan Perovic pada minit ke 62 namun jaringan itu dibatalkan kerana Milan dikesan berada di kedudukan offside.

Keputusan permainan berubah pada minit ke 81 apabila pemain import Kuantan FA dari Haiti, Fabrice Noel menambah derita Kuala Lumpur apabila menjaringkan gol kedua menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat perlawanan.

Kuala Lumpur vs Kuantan 1

Permainan terhenti selama hampir 5 minit selepas Fabrice Noel menjaringkan gol kedua apabila segelintir penyokong dari pasukan Kuala Lumpur masuk ke padang sambil menyalakan suar kerana memprotes permainan buruk pasukan mereka. Pihak keselamatan kemudiannya berjaya mengawal keadaan selepas itu.

Kuantan FA kini masih kekal di tangga kedua tercorot liga berkongsi mata dengan Kuala Lumpur namun tidak berkelebihan dalam defisit jaringan. Mereka akan menentang TTeam dalam perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri pada Jumaat ini dan perlu menang bagi mengelak tersingkir ke Liga FAM pada tahun hadapan.

Bagi Kuala Lumpur pula, mereka akan menentang Negeri Sembilan di Paroi dan perlu mengelak menerima kekalahan  jika tidak mereka akan mengiringi KL SPA FC yang sudahpun sah tersingkir ke Liga FAM.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top