Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Liga Super: Preview] Pahang vs Felda United

[Liga Super: Preview] Pahang vs Felda United

107 Pahang vs Sarawak
Poyeng digantung satu perlawanan

Selepas beraksi tanpa seorang pemain regular pada perlawanan bertemu Perak Sabtu lepas, kali ini skuad Tok Gajah terpaksa sekali lagi turun tanpa Saiful Nizam Miswan akibat menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning ketiga pada perlawanan Sabtu lepas. Ternyata ketiadaan pemain utama mampu merencencatkan perancangan taktikal pasukan bagi melayani kunjungan Felda United pada Rabu ini.

Namun, sekembalinya Matthew Davies selepas menjalani penggantungan satu perlawanan jelas bakal mengimbangi bahagian yang dianggap kritikal ketika ini lantas memeberikan sedikit suntikan motivasi buat pasukan dalam menghadapi satu lagi ujian getir bertemu Felda United nanti. Ketiadaan Saiful Nizam bakal diisi oleh pemain berpengalaman, Shahrizan Salleh dan diharap beliau mampu memikul tanggungjawab dalam menyekat trio serangan Felda yang diketuai Indra Putra.

felda-unied-atm-liga-super-2015
Syamim Yahya tonggak Felda United

Finalist Piala FA musim 2014 sekali lagi akan membuat perhitungan bagi mencapai objektif atau sasaran masing-masing berbaki 2 perlawanan liga super ini. Buat pasukan Felda United, perlawanan ini dianggap penting dalam misi untuk mencipta kedudukan terbaik dalam saingan liga utama di Malaysia dan dilihat mempunyai kelebihan untuk menamatkan saingan pada musim ini di kedudukan ketiga liga. Pengalaman Indra Putra dan Shahrul Nizam Mustafa sekali lagi ditagih dalam usaha merobek gawang Tok Gajah sambil mengharapkan penglibatan Ahmad Syamim Yahya dan Christie Jayaseelan dalam membantu serangan di bahagian sayap pasukan.

Namun, pasukan yang bakal ditentang mereka bukanlah calang-calang pasukan dan ternyata mempunyai misi yang lebih besar dalam menamatkan penantian 11 tahun menjuarai liga super. 6 perlawanan dalam masa 19 hari ternyata memberi sedikit tekanan buat para pemain dalam usaha mengekalkan tahap kecergasan yang diinginkan agar perancangan taktikal yang digarap akan menjadi realiti.

Pahang dilihat mampu untuk menempuhi minggu jadual yang padat dan diharap pencapaian terbaik pasukan yang dicipta sepanjang melalui jadual perlawanan yang ketat pada April (liga super, piala FA, piala AFC) lalu diulangi pada baki 2 perlawanan ini. Kelebihan jumlah jaringan berbanding JDT diharap menyuntik semangat para pemain untuk mencatat kemenangan di Darul Makmur tanpa menghirau keputusan di lain-lain venue adalah perspektif yang perlu diberikan penekanan dikala ini. Sasaran 3 mata dianggap realistik tatkala bakal turun berbekalkan semangat sorakan ke 12 sambil memperlihatkan beberapa pemain utama lebih selesa beraksi di gelanggang sendiri.

DSC_0359
Barisan pemain Pahang semasa menentang Kelantan

Game plan mirip perlawanan ketika menentang Kelantan tempoh hari perlu diterapkan dan kekuatan serangan di sebelah flank perlu dimanfaatkan sambil tidak mudah melepaskan gol yang boleh memberi kesan kepada jumlah perbezaan gol nanti. Persembahan yang kurang bertenaga bagi kedua-dua bahagian sayap pasukan nyata memberi kesan buat jentera serangan untuk merobek gawang secara open-play attack ketika menentang Perak Sabtu lalu. Selain itu, deretan set pieces terutamanya melalui sepakan penjuru perlu diterjemahkan kepada jaringan dan diharapkan 4 target man dalam d-box akan menyumbang sesuatu yang positif buat Pahang nanti.

Barisan kemungkinan (Ramalan tokgajah.com)

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top