Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Pahang pintas JDT

[MSL]Pahang pintas JDT

Pahang gagal menanfaatkan peluang untuk menjadi pendahulu baru Liga Super dengan kelebihan yang lebih selesa apabila sekadar seri 1-1 dengan Perak di Ipoh semalam.

Jaringan Bobby Gonzales pada minit ke 69 meranapkan impian Pahang untuk mengutip 3 mata penuh apabila rembatan penyerang kelahiran Sarawak itu dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Khairul Azhan.

Pahang turun tanpa Matthew Davies yang digantung perlawanan setelah mengutip 3 kad kuning berada di hadapan apabila Hafiz Kamal menyempurnakan sepakan percuma dari penjuru kiri pintu gol Perak pada minit ke 31.

Pahang berjaya menjaringkan gol melalui Dickosn Nwakaeme pada minit 47 tetapi dibatalkan oleh pengadil Nagor Amir apabila mendakwa bola sudah terkena tangan penyerang itu terlebih dahulu.

Pahang kini kembali memimpin carta liga apabila saingan terdekat JDT tewas 1-4 di Kota Bharu bertemu Kelantan. Mereka kini berkongsi mata dan perbezaan jaringan tetapi Pahang lebih unggul dengan jaringan lebih besar mengatasi JDT.

Dengan berbaki dua lagi perlawanan, Juara Liga Super dijangka ditabalkan sehingga perlawanan terakhir dengan hanya tinggal dua pasukan yang bersaing tempat.

Foto kredit : FB Media Perak

 

 

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top