Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [Liga Super: Preview] Perak vs Pahang

[Liga Super: Preview] Perak vs Pahang

Berbaki 3 lagi perlawanan sebelum tirai liga super dilabuhkan, kini penentuan kejuaraan liga terarah kepada 2 pasukan iaitu JDT1 dan Pahang. Selepas kedua-dua pasukan berjaya meraih 3 mata dalam perlawanan ke 19 Rabu lalu, ternyata saingan mahkota kejuaraan semakin sengit dan mungkin akan ditentukan pada perlawanan yang terakhir 22 Ogos ini.

Perlawanan yang ke 20 ini ternyata benar-benar menguji calon juara liga super tahun ini apabila kedua-duanya akan berkunjung ke gelanggang lawan bagi menghadapi pasukan Kelantan (JDT) dan Perak (Pahang).

Bagi pasukan Pahang, kemenangan manis 5-3 di Darul Makmur ternyata hadir tepat pada masanya tatkala momentum kemenangan yang dicipta sejak April lalu dihentikan oleh Lions XII pada pertemuan ke 18 yang lalu.

AFI_3156Ada beberapa turning points yang boleh diceritakan mengenai pertemuan menentang kelantan Rabu lalu. Di antaranya ialah aksi mantap yang dipamerkan R. Surendran. 1 gol dan 2 assists ternyata memukau pandangan peminat setia Tok Gajah yang terlalu dahagakan aksi beliau diperingkat kompetitif lantas memberikan pilihan baharu buat pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan dalam merangka strategi yang lebih mantap.

Selain itu, 2 gol pantas yang dihasilkan oleh strike force Pahang pada separuh masa pertama sememangnya harus diberikan pujian. Ini kerana 2 gol yang dihasilkan itu mencerminkan DNA serangan Pahang sebelum ini iaitu melalui hantaran cantik oleh Gopinanthan dan Surendran. Penglibatan Gopinanthan selaku corner kick taker juga perlu diberikan pujian apabila beberapa ancaman telah berjaya dijelmakan terutamanya gol yang dihasilkan melalui tandukan Matias Conti.

AFI_3632
Yan dan barisan pertahanan perlu lebih fokus

Namun, ada beberapa perkara yang perlu diberikan fokus menjelang pertemuan di Ipoh Sabtu ini. Kelonggaran terutamanya dibahagian benteng pertahanan perlu diperkemaskan agar gawang tidak mudah dibocori pasukan dan melihat pada jumlah gol yang dibolosi pada 2 perlawanan sebelum ini ternyata agak membimbangkan apabila menyaksikan sebanyak 7 gol telah dilepaskan oleh pasukan Tok Gajah.

110 Pahang vs Sarawak
Matthew digantung perlawanan.

Kebimbangan ini juga ditambah dengan ketiadaan Matthew Davies yang digantung satu perlawanan apabila mengutip 3 kad kuning sebelum ini lantas memberikan sedikit tekanan buat kem pasukan Pahang. Bagi mengimbangi ketiadaan Matthew Davies Sabtu ini, ada 3 pilihan yang boleh dijadikan sandaran agar benteng pertahanan Tok Gajah kekal utuh pada perlawanan ini nanti.

Zesh kembali ke pertahanan tengah atau kekal di posis tengah?
Zesh kembali ke pertahanan tengah atau kekal di posisi tengah?

1. Meletakkan Razman dibahagian pertahanan kanan menggantikan Matthew Davies sambil menarik semula Zesh Rehman bergandingan dengan Stewart di bahagian pertahanan tengah seperti musim lepas. Tempat yang ditinggalkan Zesh akan di isi oleh Rizua Shafiqi. Penampilan Rizua Shafiqi di bahagian tengah telah diuji melalui 2 perlawanan sebelum ini iaitu ketika bertemu Sime Darby dan ATM di Kuantan.

2. Meletakkan Saifulnizam dibahagian pertahahan kanan dan tempat yang ditinggalkan Saifulnizam di isi oleh Shahrizan Salleh sambil Zesh Rehman kekal mengemudi dibahagian tengah Pahang.

3. Menampilkan buat pertama kali musim ini pemain berpengalaman, Jalaludin Jaafar menggantikan Matthew Davies dibahagian pertahanan kanan sambil beberapa pemain utama iaitu Zesh Rehman, Razman dan Saifulnizam kekal diposisi sebelum ini.

Ternyata setiap pilihan yang ada mempunyai risikonya yang tersendiri lebih-lebih lagi bakal berhadapan pasukan Perak yang ternyata akan memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri bagi menamatkan kemarau kemenangan selepas tewas 5 kali berturut-turut pada aksi sebelum ini. Untuk rekod bagi musim 2014 , Pahang tewas 3-0 di Ipoh bagi saingan liga dan berjaya memenangi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 pada aksi saingan Piala FA.

Apapun keputusan sebelum ini, perjuangan menjejak kejuaraan liga masih lagi signifikan dan perlu diteruskan agar misi 3 mata di Ipoh menjadi kenyataan.

Ayuh tokgajahku, #misi51mata!

Barisan kemungkinan (Ramalan tokgajah.com)

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top