Anda di sini
Laman Utama > Berita > [MSL]Pahang terus hambat JDT

[MSL]Pahang terus hambat JDT

Pahang menghangatkan lagi persaingan dalam memburu kejuaraan Liga Super 2015 apabila menewaskan Kelantan 5-3 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.Pahang mendahului seawal minit ke 6 apabila R Surendran menyudahkan percubaan R Gopinathan sebelum itu yang terkena tiang.

3 minit kemudian, Surendran sekali lagi memainkan peranan apabila hantaran silangnya ditanduk masuk Dickson Nwakame pada minit ke 9.

Bagaimanapun, keghairahan Pahang menambah jaringan menyebabkan kelekaan dan pantas dihukum Md Nor Farhan Muhammad yang tenang menyudahkan percubaan pada minit ke 11.

Matias Conti melegakan penyokong Pahang apabila menanduk masuk sepakan sudut Gopinathan untuk membolehkan Pahang selesa mendahului 3-1 hingga tamat separuh masa pertama.

Zesh Rehman menjadikan kedudukan 4-1 apabila menanduk masuk bola hasil hantaran lintang R. Surendran pada minit ke 53.

Nur Farhan sekali lagi merapatkan kedudukan apabila menanduk masuk gol kedua Kelantan walaupun keadaan kurang berbahaya.

Nur Farhan melengkapkan hatriknya malam ini apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas Iwuji Amuthu dijatuhkan pada masa kecederaan. Seminit selepas itu, Azamuddin Akil menjaringkan gol kelima hasil serangan balas pantas menjadikan kedudukan 5-3 hingga tamat perlawanan.

Pahang akan meneruskan misi menjuarai liga dengan bertemu Perak di Stadium Ipoh, Sabtu ini.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top