Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Kembalikan ‘Amukan’ DarulMakmur

Kembalikan ‘Amukan’ DarulMakmur

Liga Super Malaysia 2015 kini memasuki fasa-fasa terakhir, di mana kian jelas, takhta kejuaraan kini hanya menjadi rebutan 2 pasukan yang mula ‘bermusuh’ sejak 2013, Pahang dan JDT I. Tahun 2013 dan 2014, tidak dinafikan jasa rakyat Pahang yang memenuhi gelanggang keramat, Stadium DarulMakmur menjadi salah satu resepi rahsia kejayaan pasukan Tok Gajah meraih 4 kejuaraan dalam 2 musim. Lihat sahaja kebangkitan dari ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, seterusnya bangkit membenam skuad pilihan ramai Darul Takzim FC (kini JDT I) 3-2, walaupun sekadar dibarisi majoriti pemain Skuad Liga Perdana 2012. Kemudian, Stadium DarulMakmur sekali lagi menjadi saksi lautan manusia memenuhi segenap sudut di separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia untuk dua musim berturut-turut. Kejayaan membenam Kedah 5-0 selepas dimalukan 1-3 di DarulAman turut disumbang oleh faktor aura penyokong di Stadium DarulMakmur, seperti pernah diungkapkan oleh Kapten Razman.

Nostalgia 2004

Tercatat dalam sejarah 2004, Pahang muncul juara sulung dan satu-satunya kejuaraan Liga Super Malaysia yang pernah dimenangi mereka. Waktu itu, setiap perlawanan bakal digegarkan dengan paluan kompang Pahang Football Supporters (Tshirt V), dan penghujung musimnya diserikan lagi dengan paluan gendang tarian singa Cina dan tabla India. Ya, waktu itu Stadium DarulMakmur tidaklah sepadat seperti musim 2013 dan 2014. 2 tahun berikutnya, menyaksikan kemerosotan prestasi pasukan Pahang dan bilangan penyokong.

fanphg2Walaupun meraih gelaran sulung Piala FA 2006, bilangan penonton ke stadium masih rendah disebabkan Pahang masih bergelut di pertengahan liga. Final Piala FA itu juga mencatat sejarah, Final paling suram dalam pertandingan domestik bola sepak negara. Selepas diturunkan ‘pangkat’ ke Liga Perdana, dan ‘terpaksa’ beraksi di Temerloh, bilangan penonton tampak sedikit meningkat ditambah pula trend ultras kian menular ke dalam bola sepak Malaysia.

Mencari kejuaraan kedua.

Kini Pahang bergelut untuk merebut kejuaraan Liga Super Malaysia. Sebagai pasukan top 2 dalam liga paling tinggi dalam hieraki bola sepak negara, mengapakah bilangan penonton kian menyusut terutama di DarulMakmur? Mahukah kita melihat pasukan kita dan stadium kita kembali suram seperti pada zaman kegelapan (2006-2011)? Contohilah liga antarabangsa yang selama ini kita agungkan, walau pasukan mana pun menjadi juara liga musim ini, kita masih padu dan setia di bawah panji jalur hitam putih.

Satukan tekad dan matlamat, singkirkan perbedaan, walau apapun kumpulan kita, baik TGC, EA, DME, TGF, LTG, KA, atau apa jua sekalipun, matlamat kita tetap satu, mahu menyaksikan pasukan kita bermain sehabis baik hingga muncul juara di akhir musim.

Ayuh ke stadium, PAHANG memerlukan ANDA !

2 vs Lions XII

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top